Dokor Cinta


UPSR PMR Dimansuhkan. Apa Kata Anda?

Baiklah. Apakah yang boleh diperkatakan mengenai pemansuhan peperiksaan awam UPSR dan PMR. Adakah ianya relevan atau tidak? Apa kata anda? Marilah sama-sama kita memberi pendapat untuk mendapatkan kata sepakat.

Jadi pada pendapat saya sebagai salah seorang pelajar yang sudah mengharungi kedua-dua peperiksaan awam ini, adalah memang tidak sepatutnya kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan. Ada juga pihak yang berkata, hanya mansuhkan PMR tapi bukan UPSR. Tapi tegas disini saya mengatakan kedua-dua peperiksaan ini sangat penting. Mengapa? Nanti kita ulas dengan lebih panjang.

Sebelum kita melebarkan lagi topik perbincangan kita untuk isu ini, apakah sebab-sebab peperiksaan awam ini perlu dimansuhkan dan apakah tindakan susulan yang bakal diambil oleh kerajaan untuk menggantikan kedua-dua peperiksaan ini? Ada yang mengatakan antara sebab mengapa peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan adalah kerana kedua-dua sijil peperiksaan ini tidak dipandang oleh bakal majikan. Ada betulnya apa yang dikatakan. Memang pada masa kini, kedua-dua sijil itu sudah dipandang untuk mendapatkan pekerjaan dan perkara itu memang tidak dinafikan. Dan, jika kedua-dua peperiksaan ini tidak mansuhkan, ianya mungkin bakal menjadi peperiksaan biasa pada peringkat sekolah.

Namun, cuba kita meletakkan diri kita ditempat pelajar itu sendiri. Selama 11 tahun tanpa peperiksaan besar, rasa-rasanya, apakah yang akan dilakukan oleh para pelajar? Bayangkan jika peperiksaan yang bakal diambil pada tahun kesebelas itu merangkumi kesemua mata pelajaran selama 11 tahun itu, mungkinkah pelajar dapat mengingati kesemuanya? Fikir-fikirkan.

Mari kita lari sedikit dari tajuk asal. Ingat lagi kah pada PPSMI? Ada desas desus mengatakan pada tahun 2012, PPSMI akan dimansuhkan? Mengapa yer? Tidak baguskah? Bukan begitu pada saya. PPSMI itu sudah sedia bagus tetapi yang tidak bagusnya ialah tiada perancangan teliti yang diambil oleh kerajaan. Bayangkan betapa kelam kabutnya guru dan pelajar disekolah untuk mengikuti dan mematuhi perubahan yang dilakukan. Dan kesian juga kepada guru-guru yang tidak ada asas bahasa Inggeris untuk mengajar anak muridnya berbahasa Inggeris. Cuba kita lihat dalam pendidikan Jepun, mereka lebih mengagung-agungkan bahasa mereka selain daripada bahasa lain, namun mereka masih boleh berjaya. Apa kata anda?

Berbalik semula pada isu pemansuhan peperiksaan awam UPSR dan PMR. Tidakkah kerajaan merasakan peperiksaan UPSR dan PMR dapat memberi peluang kepada pelajar itu sendiri betapa pentingnya peperiksaan itu sendiri. Ada segelintir pelajar yang hanya bermain-main semasa megambil peperiksaan UPSR namun apabila mereka mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, timbul dihati mereka untuk melakukan lebih baik pada peperiksaan PMR dan begitu juga bagi sesiapa yang tidak mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan PMR. Bukan kah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pelajar itu sendiri?

Selain itu, kedua-dua peperiksaan ini yang boleh dan dapat menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka dan dapat memberi fokus kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh didalam pembelajaran. Dan berbaloi kah untuk menguji pencapaian pelajar dalam masa 11 tahun? Kalau begitu, kenapa tidak dipendekkan sahaja tahun pembelajaran dan membenarkan pelajar memasuki universiti dengan lebih awal? Lagi la tidak relevan. Dengan keadaan pelajar yang masih belum mencapai tahap kematangan sudah dibiarkan duduk bersendirian di universiti.

Jika kerajaan masih mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini, saya berharap kerajaan dapat memberikan sebab-sebab yang solid dan tidak dapat dipersoalkan, barulah rakyat dapat menerimanya. Dan tidak lupa juga, berikan pembentangan tentang perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan selepas memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini. Jangan seperti hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Rakyat sekarang bukan senang untuk diperbodohkan.

p/s : Desas desus hati kecil ini berkata, “Kerajaan sudah tidak ada duit tue, tue yang nak mansuhkan peperiksaan. Boleh jimat sket kos.” Jangan biarkan pemikiran seperti ini menguasai pemikiran seorang pelajar yer.

Tags: , , ,

12 Responses to “UPSR PMR Dimansuhkan. Apa Kata Anda?”

  1. mokaz 04. Jul, 2010 at 10:11 pm #

    pada pendpat aku yg x seberapa ini..upsr perlu dikekalkan dan dikaji semula format dan pengisian subjek yang ada skrg. ini kerana format yg ad ini masih kurg meyerlahkan kendiri pelajar dgn kata lain pljar yg ada hanya berorientasikan peperiksaan semata2,perlunya keseimbangan dari segi kurikulum dan kokurikulum dlm mengmbil kira penilaian terhadap pelajar sendiri sesuai dgn keadaan semasa di mana pelajar kanak-kanak hari ini semakain hari semakin bijak.
    bagi pmr pula aku berpndpat perlu dimansuhkan dan digantikan dgn penilaian yg lebih bersifat pengkhususan supaya pelajar ini dapat menentukan bidang pilihan msg2 dgn pilihan yg pelbagai berbanding hanya sains dan sastera shj. selain itu, ini juga dapat mengurangkan kos2 sampingan utk menghadapi peperiksaan spt tuisyen dan lain2 dan pelajar lebih fokus kepada spm semata2.

    pendapat ini berdasarkan pengalaman aku sbg pelajar dan bersifat terbuka untuk menerima pandangan ramai

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehe..
    setiap ada pendapat tersendiri…
    ^_^

    [Reply]

  2. myra 07. Jul, 2010 at 7:14 pm #

    salam…pd pndpat sy,upsr xmngapa jika dmansuhkan…tetapi pmr mmg tdk ptt dmansuhkan..sbgai pljar y akan mnduduki spm,sy merasakan y pperiksaan pmr amat pntng bg pelajar untuk mengetahui aliran y lebih cenderung pd mereka..jika pmr dmansuhkan,bagaimana para guru mahu menetapkan aliran para pelajar??bgaimana kalau pelajar tidak sesuai untk mengmbil aliran trsbut??mengapa pihak kerajaan tidak memikirkan perkara ini secara mendalam dan mengambil kira segala komen para guru dan pelajar mngenai prkara ini…kami para pelajar y akan menduduki pperiksaan itu.

    [Reply]

    shazclan Reply:

    huhu..
    kami pelajar..
    kami yang amik periksa…
    haha…
    tapi kan lagi bagus tak yah mansuhkan dua2…
    n_n

    [Reply]

  3. heqal 12. Jul, 2010 at 1:52 am #

    Aku sebagai guru tidak setuju upsr dan pmr dimansuhkan. Kalau ada ‘exam’ pun pelajar malas nak belajar apatah lagi kalau dimansuhkan. Ingat kalau tahun ke 10 tu mereka boleh bersedia ke nak ambil SPM? Mereka yang bersetuju kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan sebenarnya tidak pernah melalui jerih perih mendidik anak-anak sekarang. Kalau pun ada guru yang bersetuju, mereka ni bukannya komited dalam mendidik. Kalau dimansuhkan sebenarnya ia menambah beban guru-guru, KECUALI kita ketepikan soal akademik ATAU buang separuh dari silibus setiap pelajaran, hanya kerana hendak menumpukan soal holistik. Aku ni nak habiskan 10 topik Tingkatan 5 terkial-kial. Dengan masa yang suntuk, bukan tidak pernah nak memikirkan soal rohani dan jasmani mereka, kami guru-guru tertekan. Sapa yang nak tolong? Ibu Bapa pun tak pernah pikir. Kalau betul-betul dimansuhkan, permasalahan sekarang mungkin akan berkali ganda lagi bagi guru-guru tingkatan 4 dan 5. Kerajaan pun, takde jalan lain ke nak ‘cut cost’ perbelanjaan negara???

    [Reply]

    shazclan Reply:

    Betol2…
    sebelum nie rasanya mmg tak de masalah dengan sistem peperiksaan nie..
    tiba2 jer tahun nie ada masalah…tak ke pelik?
    kalau nak kata semua orang bekerja memerlukan sijil..
    tgk bape ramai orang plak tak ada sijil pown boleh dapat keje..
    pada saya..ini bukan pasal keje or ape2..ini adalah untuk menguji pemahaman tentang apa yang telah dipelajari..

    [Reply]

  4. Ezree 21. Jul, 2010 at 10:32 am #

    Rasanya pemansuhan akan tetap berlaku kerana kerajaan akan menekankan PBS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah di mana pihak sekolah sendiri akan menguruskan peperiksaan dan dipantau oleh LPM. Mungkin ada baik dan buruknya pemansuhan kedua-dua peperiksaan awam ini. Jika ia dimansuhkan demi kepentingan dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan dan pembelajaran di negara kita saya rasa baik diteruskan sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 ke arah sebuah negara maju. Jika ia diteruskan seperti sediakala pun ok juga cuma perlu ada penambahbaikan dalam sistem peperiksaan itu sendiri dan kaedah pembelajaran di sekolah perlu diperbagaikan tidak semata-mata mengejar A tetapi aspek lain seorang-seorang pelajar terus diabaikan. Dalam kata lain pelajar hanya pandai score A tetapi lemah dari aspek pengurusan diri, sosial murid, interaksi murid, minat dan kecenderongan pelajar, aspek moral, kerohanian dan patriotisma pelajar diabaikan. Jadikan kelas suatu yang menarik kepada pelajar dimana bukan hanya beri dan terima sebaliknya diperbagaikan supaya aspek pembelajaran menjadi suatu yang kurang membosankan kepada pelajar. Maka akan lahirlah nanti pelajar yang yakin pada diri, mampu berdikari, pandai berinteraksi, tinggi moral dan kerohanian apabila mereka meninggalkan alam persekolahan. Ingatlah dunia hari ini semakin mencabar aspek akademik semata-mata kurang mampu untuk mengatasi pelbagai masalah sosial yang semakin menjadi-jadi.

    [Reply]

  5. Ameer 22. Jul, 2010 at 9:42 am #

    Senang crite, semua soalan peperiksaan mesti dalam bentuk subjektif sahaja. Saya perhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ni, soalan-soalan peperiksaan kebanyakannya lebih menjurus kepada soalan ingatan@hafalan semata-mata. Contoh soalan : siapakah perdana menteri yang pertama ? bilakah tarikh kemerdekaaan negara?. Sepatutnya soalan mestilah berbentuk pemahaman seperti kenapa kemerdekaan penting untuk negara? Apakah kepentingan membaca. Sudah pasti jawapan yang akan diperolehi adalah pelbagai dan selalunya pemeriksa pasti akan berjumpa dengan jawapan yang logik tetapi tiada dalam buku teks. Dengan ini akan merangsang pelajar-pelajar sekolah untuk berfikir.

    [Reply]

  6. Den 23. Jul, 2010 at 12:39 pm #

    Saya rasa sudah tiba masanya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membawa buku rujukan dan ‘toyol’ ke dewan peperiksaan. Di luar negara, perkara ini sudah lama dipraktikkan kerana soalan yang ditanyakan selalunya tidak akan ditemui dalam buku teks. Soalan peperiksaan tersebut sebenarnya telah diolah supaya mampu merangsang otak pelajar untuk berfikir.

    [Reply]

  7. Khairul 23. Jul, 2010 at 4:39 pm #

    KERTAS KERJA RINGKAS : PEMANSUHAN UPSR DAN PMR (DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR)

    LATARBELAKANG

    Apabila TPM mengumumkan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan, ramai yang melenting seolah-olah kerajaan terlalu zalim kepada rakyatnya khususnya kepada golongan pendidik dan pelajar. Sebenarnya ramai yang salah faham maksud sebenar di sebalik pemansuhan itu.

    Tuan-tuan dan Puan-puan, beri peluang untuk saya jelaskan satu persatu. TPM sebenarnya ingin mencari punca kepada kepincangan atau kelemahan dalam sistem pendidikan negara; dan untuk itu wajar di ‘bedah siasat’ sebelum ia menjadi barah yang merosakkan bangsa kita pada masa akan datang. Janganlah kita mendabik dada seolah-olah sistem pendidikan kita adalah sempurna sehingga tidak ada cacat celanya.

    Kepincangan ini perlu dibaiki atau dimansuhkan dalam tempoh tertentu agar semua pelajar mendapat pendidikan yang saksama, di mana tiada pelajar yang akan dipinggirkan sama ada pelajar cemerlang atau pelajar lemah. Semua orang wajar diberi peluang yang sama kerana fokus kita ialah melahirkan produk yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek, malahan juga dari segi modal insan.

    RASIONAL

    Lihatlah di sekeliling kita, remaja-remaja yang merempit, mengamalkan seks bebas, lari dari rumah, dan pelbagai gejala sosial yang lain. Lihatlah juga kepada pelajar-pelajar yang cemerlang, yang telah diberi biasiswa dan peluang melanjutkan pengajian di luar negara. Berapa ramai yang tahu mengenang budi atau ‘sudi’ untuk menyumbangkan tenaga kepada negara selepas menamatkan pengajian ? Kenapa ramai wanita di universiti dan sektor perkhidmatan awam ? Bagaimana pula dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan graduan ?

    Semua ini berkait rapat dengan sistem pendidikan negara, kerana mereka ‘dihasilkan’ dari sistem yang sama. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Input-input dari masyarat diperlukan agar kepincangan ini segera ‘dibuang’ sebelum negara menjadi hancur.

    Namun, pemansuhan ini sebenarnya dijalankan secara beransur-ansur, berperingkat-peringkat agar pelajar dan guru tidak terkejut dan boleh menyesuaikan diri dengan sistem baru kelak. Apakah komponen atau item yang akan dimansuhkan ? Saya akan perincikan dengan lebih lanjut berikutnya.

    PEMANSUHAN DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR

    [1] Pemansuhan soalan objektif / OMR

    Di sini berlaku ketidakadilan kerana bagi pelajar yang mempunyai daya ingatan yang tingg, biasanyai tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan berbentuk objektif. Oleh itu, seringkali kedengaran, ramai pelajar lebih suka ‘study last minute’ sebab dalam tempoh 24 jam sebelum peperiksaan, otak biasanya mampu menyimpan maklumat sebagai ‘ingatan sementara’. Sebaik sahaja, selepas peperiksaan, ingatan tersebut biasanya akan terus terpadam.

    [2] Pemansuhan soalan yang berkaitan dengan hafalan atau ingatan

    Pelajar-pelajar sekolah telah dipaksa untuk menghafal sejak di sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, dalam subjek Matematik, murid-murid sekolah diwajibkan menghafal sifir 1 hingga sifir 12. Apabila mereka memasuki alam menengah, mereka terpaksa menghafal formula-formula Matematik. Apakah Malaysia ingin melahirkan warganegara yang tahu menghafal sahaja, tetapi tidak tahu konsep dan penggunaannya dalam kehidupan seharian ?.

    [3] Pemansuhan silibus / buku teks

    Tahukah anda, guru-guru sentiasa tertekan untuk menghabiskan silibus (walaupun ketika itu ramai pelajar yang masih belum faham). Silibus perlu dihabiskan dalam tempoh yang singkat (sama ada pelajar faham atau tidak faham). Guru-guru terlalu terikat pada silibus dan tidak boleh ‘melencong’ daripada apa yang ada dalam buku teks. Ini akan menjadikan otak pelajar sama seperti buku teks (tidak berkembang).

    [4] Pemansuhan penilaian secara atas kertas semata-mata

    Ramai pelajar yang aktif di padang, dalam unit beruniform, berdebat, berpantun dan lain-lain aktiviti luar kelas, tetapi semua itu seolah-olah tidak berguna kerana langsung tidak dinilai dalam peperiksaan. Seorang rakan saya pernah menghadiri satu sesi temuduga untuk satu jawatan. Si penemuduga tersebut berkata kepada rakan saya,”Saya tak mahu lihat ijazah awak, sebab semua itu hanya penilaian di atas kertas semata-mata. Saya tidak tahu sejauh mana potensi awak jika saya hanya menilai awak hanya dengan sekeping kertas sahaja. Saya cuma ingin tahu sama ada awak ada potensi atau tidak”.

    [5] Pemansuhan sistem penggal

    Ramai yang mencadangkan agar sistem semester dilaksanakan. Ini kerana tempoh ‘honeymoon’ pelajar dapat disingkatkan. Selain itu, sekiranya berlaku kegagalan kepada murid-murid Tahun 6, kegagalan tersebut pasti akan dirasai oleh semua guru. Jika sebelum ini, setiap kegagalan, yang dituding biasanya guru-guru Tahun 6 sahaja. Namun, apabila sistem mata timbunan (CGPA) dilaksanakan semua guru-guru terlibat, kerana murid-murid tersebut telah dinilai sejak Tahun 1 lagi.

    PENUTUP

    Oleh itu, sewajarnya kita semua berganding bahu, membantu Kementerian Pelajaran untuk membantu anak-anak kita berjaya pada masa hadapan. Mana-mana sistem baru pun mesti ada kelemahannya, namun, daripada tiada langsung pembaharuan, kita harus sokong kalau transformasi itu untuk generasi kita yang akan datang.

    [Reply]

  8. amad 30. Jul, 2010 at 1:08 pm #

    ermm…pendapat saya tentang pemansuhan peperiksaan awam pmr dan upsr ni ada baiknya..ini kerana negara kita mengamalkan sistem pendidikan yang paling kuno di dunia..kebaikan kita yang kita dapat daripada pemansuhan peperiksaan awam ada banyak..saya cuma nyatakan sebahagian saja..kenapatidak kita mengamalkan pendidikan bebas yang membolehkan para pelajarbelajar tanpa had. Maknanya di sini kita belajar bukan untuk jawab peperiksaan tetapi untuk tujuan menimba ilmu yang dapat melahirkan modal insan kelas pertama. Sisitem pendidikan di negara kita terlalu mengongkong pelajar..pelajar lebih banyak belajar tentang teori berbanding dengan secara praktikalnya..memang tidak diakui sistem pendidikan sekarang telah melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti pm kita..tetapi apa salahnya jika kita memberi kebebasan kepada para pelajar untuk belajar secara selesa tanpa memberi tekanan sehingga menyebabkan pelajar belajar hanya untuk menjawab peperiksaan.. Dengan kebebasan itu pelajar akan berjaya srcara teori dan praktikal.. kita lihat di negara jepun, pendidikan di sana tidak membebeankan pelajarnya.. ini kerana para pelajarnya boleh ambil peperiksaan apabila mereka sudah bersedia.. Jadi bolehkah kita menjadikan pelajar kita yang berjaya dari segi teori dan praktikal dengan sistem pendidikan yag sedia ada tanpa perubahan?

    [Reply]

  9. Cda 03. Aug, 2010 at 6:30 am #

    Salam..saya bukanlah golongan cerdik pandai..tetapi dari pengalaman hidup.. rakyat Malaysia masih kurang kesedaran diri untuk menimba ilmu dengan rela hati…kebanyakan kita masih memerlukan pemangkin untuk belajar..dalam erti kata lain peperiksaan adalah salah satu pemangkinnya. Masalah sosial tidak ada kena mengena dengan peperiksaan..tetapi didikan dan ilmu.Lagi satu formula -fomula matematik ke fizik ke kimia ke ,sifir ke yang di ajar diperingkat sekolah memang wajar diingati kerana itu adalah asas yang akan diguna dalam kehidupan mereka kelak…Hanya mereka yang tiada impian untuk menjadi seorag berjaya yang menganggap menghafal formula satu kerugian…Akan Tetapi apa-apa pun ..Sebenarnya cadangan Pemansuhan tidak di terangkan dengan terperinci sebab musabab nya..kerana itulah ramai yang tidak berpuas hati..Lebih baik Di terangkan dulu sistem apakah yang bakal digantikan kemudian barulah cadangan pemansuhan di war-warkan. Mungkin itu menjadikan rakyat lebih memahami cadangan kerajaan itu.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled