Sejak seminggu yang lalu, berita mengenai demam selesema babi atau nama sopan sikit, Swine Flu telah merebak di sekitar Mexico dan negara-negara yang berdekatan. Virus ini yang dikatakan semakin serius telah meragut lebih kurang 100 kematian. Bayangkan dalam seminggu sahaja virus ini sudah meragut sebegitu banyak kematian dan telah dilaporkan menerima 1000 kes. Wabak ini yang dikatakan dari haiwan iaitu babi telah menyebabkan ramai orang merana. Sebagai orang Islam yang sudah sedia tahu bahawa BABI itu adalah haram pasti sudah terfikir kenapa Allah mengharamkan BABI. Mungkin selepas ini akan adanya virus atau demam selesema anjing pula. Siapa tahu? Hanya Allah saja yang tahu.
Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Baqarah : 145]
Wabak selesema burung yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya sudah di tambah dengan virus baru yang lebih bahaya dan menakutkan. Walaupun kita hidup di zaman teknologi yang serba moden dan mempunyai pelbagai kemudahan tetapi masih lagi tidak menemukan penawar.

Pelbagai langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh setiap negara bagi mencegah selesema babi ini dari merebak. Virus ini mungkin dikatakan akan melenyapkan seluruh manusia di muka bumi ini tetapi masih belum diketahui sepenuhnya. Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa agar virus ini tidak menular dengan lebih hebat lagi.
Sebelum datangnya demam selesema babi ini, masih ada banyak lagi demam yang boleh dikatakan serupa dengan demam selesema babi yang telah meragut banyak nyawa antaranya demam selesema burung dan SARS. Kedua-dua virus ini telah meragut banyak nyawa sehingga Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan membunuh semua unggas atau itik liar supaya negara ini tidak di jangkiti virus selesema. Walaupun kini kita tidak lagi menerima kes yang berkaitan dengan demam selesema burung tetapi kita harus tahu bahawa virus ini tidak hilang lagi.
Sedikit info mengenai virus selesema babi H1N1 ini dikatakan hasil gabungan genetik babi, manusia dan juga burung. Demam selesema babi dikatakan mempunyai campuran genetik yang unik dan masih belum dijumpai dalam mana-mana haiwan dan manusia sebelum ini. Antara tanda-tanda awal seseorang menghidapi selesema babi ini adalah demam, selesema, sakit tekak dan batuk selama beberapa hari.
Aku telah terjumpa info mengenai virus-virus selesema pada zaman dahulu. Ini bermakna, virus-virus sudah ada sejak zaman dahulu lagi dan ia tidak berhenti sehingga sekarang. Info ini aku dapat melalui Berita Harian Online.
- Wabak Peloponnesian – 30,000 maut. Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.
- Wabak Antonine Plague – Lima juta mati. Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.
- Wabak Justinian Plague ? Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian. Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.
- Wabak ‘Black Death’ – 25 juta kematian. Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.
- Wabak Selesema Sepanyol – Lebih 50 juta kematian. Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.
- Wabak Selesema Asia – Empat juta maut. Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.
- Wabak Selesema Hong Kong – Sejuta maut. Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.
- Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) – 800 kematian. Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.
- Selesema Burung. Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.
- Demam Selesema – Meragut 250,000 – 500,000 kematian setiap tahun. Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.
Psstt..korunk pernah terpikir tak kenape hujan turun setitik-setitik…kalau hujan tak turun setitik-setitik dan hujan turun macam air melimpah..habis lah semua bangunan-bangunan kat bumi ni roboh…fikir-fikirkan lah







