Review : Transformers II : The Revenge of Fallen

Title : Transformers II : Revenge of The Fallen
Time : 5.30 pm
Date : 23 June 2009
Veneu : GSC Mid Valley
Length : 2 hour 30 minutes
Price : RM 12.00 (Premier)
Haa. Aku dah tengok citer transformer nie. Siap tengok premier lagi. Yang tengah bace blog nie bile lagi. Seriously aku cakap, movie nie memang best tahap dewa. Tak nak kate ape. Nak bandingkan Transformers dan Transformers II, aku rase dua-dua mantop dan memang aku fanatik abis la dengan cerita nie. So kalau dah tengok mesti ade ulasan atau orang lain panggil review. Tak gitu ke? Hohoho. Aku akan buat review dan aku tak akan jadi spoiler kepada sesiapa yang belum tengok.
REVIEW
- Seperti biasa, bile Michael Bay dah arah sesebuah cerita, konfem ade helikopter. Perasan? Cube tengok balik semua movie yang diarahkan oleh beliau. Nak kate kat sini, efek bunyik helikopter tue memang kedengaran. Memang aku suke part ade helikopter nie.
- Jalan cerita yang menarik. Bermula dengan kisah cinta, sedih, element of surprise (nak tiru gaye Clouseo cakap), aksi, dan macam-macam lagi la.
- Graphik yang memang amat sangat aku puas hati. Setiap robot yang aku rase terperinci pernah dihasilkan. Semasa autobots transform, semacam dibuat dengan begitu detail ditambah dengan bunyik mesin. Pergh. Memang style la.
- Watak-watak yang dipilih, memang sesuai dengan cerita nie. (tak dapat nak bayangkan kalau orang lain ganti tempat Sam) Michael Bay pandai memilih watak dan membuatkan movie nie semakin menarik.
- Lokasi penggambaran yang turut sesuai dengan cerita. Pandai betol pilih tempat.
- Benda yang diluar dari pemikiran kite. Teknologi yang dirasekan macam tak wujud tapi telah diwujudkan dalam cerita. Hohoho.
- Benda yang paling menarik perhatian, cerita ni cam ader touching-touching sket la. Tak banyak pown. Still aku rase cerita nie dikategorikan dalam action.
- Cerita memang wajib di tonton, walaupun untuk 18 kan, tapi aku rase still boleh tengok lagi untuk tontonan umum kot. Walaweyh. Hahaha.
- Rating aku untuk cerita nie 4.9/5.o. Mane hilang lagi 0.1. Teruskan membace.
Comment
Siapalah aku nak bagi komen kat cerita nie. Tapi still setiap orang ade pendapat sendiri kan? Dan aku sebagai manusia biase pown ade tak puas hati sedikit. Tak banyak la. Tapi comment aku bukan pasal movie Transformer II. Nak tahu? Bace lagi. Hahaha.
Untuk pengetahuan orang yang tengah bace blog ini, aku tengok movie nie kat GSC Mid Valley. Nak tengok premier punye pasal kan. Tengok la jugak kat sane dan aku memang tak suke tengok kat GSC. Kenape? Nie aku bagi list ea.
- Tempat duduk yang disediakan kecik sangat la. Walaupown aku masih boleh duduk tapi tak selesa. Banyak kali gak aku tuka posisi untuk tengok movie nie. Kan dah buang sikit rase feel nak tengok cerita.
- Screen yang kecik. Betol, tak caye tengok sendiri. Bayangkan ramai orang nak tengok transformer or movie lain, tapi screen kecik. Agak mengurankan feel nak tengok movie betol tak? Kalau camtu baik beli DVD tengok kat umah jer. Lagi puas.
- Sound system yang memang hampeh! Nampak kan tanda seru tue. Tue maksudnya memang aku tak suke gile-gile babeng ar. Aku mengharapkan bunyik yang lagi best. Aku tengok Transformer I pown aku boleh bagi 5.0/5.0. Bunyik tue yang bawak feel sepenuhnya. Kalau bunyik cam speaker kat rumah aku baik tak payah pegi wayang. Buang duit aku jer. Tengok kat rumah sudeyh.
- GSC memang menghampakan aku sejak first-first aku pegi GSC. Tolong la buat perubahan sket. Keselesaan kepada penonton. Tiap-tiap hari ade orang tengok wayang. Tak kan tak de duit nak ganti yang lebih elok lagi ke, ubahsuai lagi ke?
Cerewet tak aku? Cerewet sket la pasal nak tengok wayang nie. Kalau free tak pe. Berbayar oo. Bek aku tengok kat Cineleisure damansara. Tue jer la yang mebuatkan rating aku tak penuh untuk movie Transformer II nie. Maybe kalau aku tengok kat tempat lain, surely dah penuh dah. Hahaha.
So tunggu ape lagi, cepat angkat pungkoq korunk dan bergegas ke pawagam berdekatan. Jangan miss ooo movie nie. Memang best dan aku sarankan jangan tengok kat GSC bagi sesiapa yang cerewet cam aku nie. Hahaha.
Tapi time balik tue, ade mende lain yang terjadi. Nak taw ape yang terjadi. Nantikan post yang seterusnya ea. Hahaha. Jangan lupe usya wallpaper Transformer kat sini.




June 26th, 2009 at 12:36 am
review cite ke review masalah ko wakaka…
[Reply]
shazclan Reply:
June 26th, 2009 at 11:41 am
haha….mane pown boleh la kamil…ngehehe
[Reply]
June 26th, 2009 at 1:05 am
hahaha, aku dh tgk cter ni mlm td. amek nite punye. best oh. tahap dewa pnya. ade terselit elemen kelakar. cter ni aku bg 5 star.
tp gsc mana2 pun sama la wan. kat bp pun mcm tu gak. tp kat square one, mantop. 5 star. lol…
[Reply]
shazclan Reply:
June 26th, 2009 at 11:41 am
hoho…yang kat square one tue mmg terbaik…ak dah pernah tgk movie kat situ…memang best la…ngahahah
[Reply]
June 26th, 2009 at 6:17 am
michael bay..biasalah..lord or action movies..kalau ko perasaan,satu lagi dia suka main colour,ko akan perasaan dia suka sunset/sunrise…colour dia main agak orange skit…tak caya usha filem lama lama dia..
[Reply]
shazclan Reply:
June 26th, 2009 at 11:43 am
huhu…nampaknya ade peminat michael bay kat sini gak…roger…aku pown tgh kumpul movie2 michael bay…
memang style la semua citer2 die…tak menghampakan aku…huhuhu
[Reply]
June 26th, 2009 at 3:38 pm
first-first ek?
huhu.
kuchewa ouh.
orang len sebok tukartukar,
aku gak yang tak tukar.
taksempat.
[Reply]
shazclan Reply:
June 26th, 2009 at 8:26 pm
erk?
tuka ape nie???
ngak paham lo..
hoohoho..
tuka post ka?
that wat meant??
[Reply]
June 27th, 2009 at 10:18 pm
Aku slalu tgk dkt GSC xde apa2 pun. Bg aku TGV yg slalu mslh.
Small screen? Uncomfortable seats?
Erm, no comment. Aku siap blh kangkang besar2 lg. Haha.
Tp syg, movie best2, tp cinema yg buat hal. Up yours!
[Reply]
shazclan Reply:
June 28th, 2009 at 6:53 am
hahaha..setiap orang tak de citerase yang same la bro…
kalau citerase semua nak same…tak perlu buat jenama yang terlalu banyak dalam dunia nie…hoho
[Reply]
July 2nd, 2009 at 1:05 am
aku rasa review ttg masalah ko ngan GSC membuatkan 0.1% rating citer neh terjejas.. kene bawak mahkamah neh.. hahaha.. aku bg 5/5…
[Reply]
shazclan Reply:
July 2nd, 2009 at 2:35 pm
tue la pasal…cerite semua dah ok…tapi panggung plak buat hal…
terime jer la…tapi nie transformers mmg movie terbaik buat ak…hahaha
[Reply]