Review : Law Abiding Citizen

LAC

Lama dah aku rasa aku tak buat review pasal movie nie. Balik-balik upload lagu jer. Haha. Tapi kali nie aku tukar angin sikit. Ada antara readers dah tengok Law Abiding Citizen? Belum? Cari link, download dan tengok. Aku dah tengok movie nie dan aku agak tertarik dengan movie nie.

Jom terus ke review yang aku buat sendiri. Movie ini berkisar tentang seorang bapa yang telah kehilangan isteri dan satu-satunya anak perempuannya. Isteri dan anaknya dirogol dan dibunuh didepan matanya sendiri. Bapa yang bernama Clyde telah membuat dakwaan keatas kedua-dua pembunuh tersebut tetapi salah seorang pembunuh yang telah membunuh dan merogol isteri dan anaknya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Rice, seorang peguam yang menjadi peguam kepada Clyde telah melepaskan pembunuh dengan membuat perjanjian.

Clyde sangat kecewa dengan tindakan Rice yang telah melepaskan pembunuh kepada isteri dan anakya. 10 tahun kemudian, Arnes, seorang lagi perompak yang bersekongkol dengan Darby, iaitu pembunuh isteri dan anak kepada Clyde telah dijatuhkan hukuman mati. Hukuman yang dikenakan tidak sepatutnya menyeksa Arnes, namun suntikan yang diberikan kepada Arnes telah membuatkan dia mati dalam keadaan sengsara. Rice yang berasa tidak puas hati terus mengerahkan polis untuk mencari Darby, rakan kepada Arnes untuk mengetahui adakah Darby dalang disebalik semua kejadian tersebut.

Pihak polis sudah mengepung rumah Darby, namun Darby masih dapat melepaskan diri dengan bantuan seseorang yang tak dikenalinya. Akhirnya Darby dapat memboloskan diri dari serbuan polis itu. Darby hanya dapat bergembira buat sementara kerana orang yang tak dikenalinya itu ialah Clyde. Clyde sengaja membantu Darby untuk melepaskan diri supaya Clyde sendiri dapat membalas dendam terhadap apa yang dilakukan Darby terhadap keluarganya.

Movie tidak terhenti disini, banyak lagi adegan yang menarik yang perlu readers tengok, bagi yang belum tengok jer la. Sekarang nie, aku nak ulas ape yang aku dapat dari cerita nie. Nie untuk personally la, watak yang paling aku benci dalam movie nie ialah Rice. Peguam yang membela Clyde. Pada aku, Rice seorang yang sangat EGO dan tak ada siapa dapat menandinginya didalam bidang guaman. Rice menganggapnya dirinya sudah terlampau hebat dalam ilmu undang-undang dan dapat menumpaskan semua penjenayah.

Meh la aku sambung sikit sambungan movie nie. Clyde telah ditangkap dan Rice sedang berusaha untuk mensabitkan kesalahan keatas Clyde tapi tidak berjaya. Banyak helah yang telah digunakan oleh Clyde untuk menundukkan Rice namun Rice masih dengan egonya sehinggakan ramai rakan sekerja telah terbunuh. Akhir sekali Rice sedar akan kesilapannya yang terlampau EGO dengan dirinya dan dia juga mengakui kesalahannya yang bersuhabat dengan Darby untuk melepas Darby dari dijatuhkan hukuman berat. Jadi kesimpulan kat sini, mari la sama-sama kite mengawal EGO kita. Kita tak akan kemana dengan EGO kite. Kalau diikutkan sangat EGO kite nie, banyak perkara buruk akan terjadi keatas diri kita sendiri.

Walaupun review aku tak banyak mana, tapi aku agak suka cerita nie sebab die dapat membuka sedikit minda aku yang agak tersumbat nie. So aku suggest kan kepada readers yang belum menonton movie nie, sila lah menontonnya. Sekian~~

p/s : Aku ade sediakan video die kat bawah nie. ^^

Tags: ,

6 Responses to “Review : Law Abiding Citizen”

  1. black_mel 13. Mar, 2010 at 2:08 am #

    bro..citer ni best..tp aku x suka ending dia….patut yg jahat sume mati…baru best..hehe..
    black_mel“s last blog ..Pengorbanan My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    btol….ending die tak best…tak seperti yang diharapkan…sigh

    [Reply]

  2. cham 12. Apr, 2010 at 10:08 pm #

    best22..unexpectedd….huhuhu….rkemen lg ctee22 cmnii….x nk mcm snsd jee..huhuuh

    [Reply]

    shazclan Reply:

    owh…bereh bos…nnti ade cite best..ak rekemen lagi ea…^_^

    [Reply]

  3. Amy 19. Apr, 2010 at 7:30 am #

    btol….ending die tak best…tak seperti yang diharapkan…sigh

    [Reply]

    shazclan Reply:

    tue la…
    tak besh langsung..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled