Review Akademi Fantasia 7 & download lagu finalis
Rancangan realiti TV no 1 di Malaysia telah menutup tirainya pada Sabtu lalu. Konsert terakhir yang telah diadakan di Stadium Bukit Jalil telah mendapat sambutan yang hangat. ( cam aku pergi dan tengok jer konsert tue..hahaha..). Kene tunggu tahun depan la pulak. Sabo yer peminat akademi fantasia sekalian.
Meh kite amik tahu sikit pasal akademi fantasia atau nama pendeknye AF nie. AF sebenarnya bukan berasal dari Malaysia. Peminat AF mesti tahu kan, kate peminat, tak kan la tak tau. Af nie berasal dari negara lain iaitu Mexico. Kat negara Mexico nie diorunk sebut La Academia di mana pertandingan atau lebih tepat dipanggil rancangan realiti TV yang juga telah melahirkan banyak artis kat negara diorunk. Tapi bukan setakat AF jer. Banyak lagi yang lain dan contoh yang terdekat ialah Malaysian Idol. Tapi tak per la, boleh gak maju kan industri hiburan kat Malaysia nie. Kalau tak nanti orang kata Malaysia ketinggalan la plak. Adoiyai. Tapi honestly, pada aku la kan, kalau kite tak ikut bende-bende nie pown tak ape. Hiburan semata-mata. Mungkin dari pandangan orang lain, ini adalah satu kerja, career dan macam-macam lagi la. Tapi masing-masing ada akal nak fikir pasal bende nie, so aku serahkan kat tangan korunk jer.
Berbalik kepada AF musim ke-7, actually aku tak pernah tengok pown untuk musim ke-7 nie, tapi musim-musim yang lain ada gak aku tengok. Bukannye tak nak tengok, nak jer tengok, tapi ade kerja lain yang lebih penting yang nak kene buat. Tapi aku tahu la siapa juara untuk musim ke-7 nie. Oleh sebab mood aku agak ok time tulis entri nie, so aku bley la senaraikan semua pelajar AF yang ambil bahagian dalam AF musim ke-7 nie:

- AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
- OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
- ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
- HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
- QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
- SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
- YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor)
- CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
- ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
- ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
- ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
- RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
- AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
- RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Hahaha…rajin tak aku? Rajin kan. Ok2. Jom kite borak pasal Juara AF 7 nie plak. Korunk dah tahu kan sape juare AF 7 nie. Tak tahu lagi ke? Ish..ish..ish. Aku kalau tak de orang bagitaw pown aku konfem la tak taw. Ntah mimpi ape ntah aku tulis entri pasal AF nie. Hahaha. Juara – Hafiz, Naib Juara – Aril dan Tempat Ke-3 – Akim. Tapi ade aku dengar cerita yang ramai orang tak puas hati dengan keputusan nie. Nak taw kenape? Sebabnye, diorunk kate, Akim sepatutnya dapat Naib Juara kalau tak de AFMASUK. Bende nie dah pernah terjadi musim-musim AF yang lepad tapi aku tak ingat yang mane. Tapi nak buat camne, salah korunk la tak undi Akim tue. Hahaha. Semua tue rezeki masing-masing, tapi len kali yang memang betol-betol fanatik kat pelajar-pelajar AF nie dan nak diorunk menang, sediakan la duit banyak-banyak nak vote diorunk nie. Nanti kalau diorunk dah menang, diorunk dapat hadiah, korunk dapat puas jer. Tapi ok la dari tak dapat pe2 kan? Btol dak?
Meh kite berkenalan dengan pemenang-pemenang musim ke-7 nie:

juara AF 7 Hafiz

Naib Juara – Aril

Ke 3 – Akim
Aku tak abis lagi la tulis entri nie, nak cerite sikit lagi pasal AF nie. Aku ade bace news hari tue yang menyatakan AF nak direhatkan sementara tapi ada yang menyatakan sebaliknya. Info untuk korunk ea, peratus undian semakin merudum sejak dari AF musim ke-2 dan peratus undian naik semula untk AF musim ke-7 nie. Nie la diantara sebab kenape AF masih lagi mahu diteruskan. But for personal review, aku rase AF dah kurang menyegatnye sejak pengacara AF di tukar. Seriously, aku lebih meminati Aznil menjadi pengacara. Mungkin sebab AF nie dah terlalu lame dan menyebabkan sengatnya pown makin kurang. So kalau ader pihak-pihak yang masih mahu meneruskan AF nie, cari la jalan nak bagi AF nie lagi menarik. Jangan la nak bazirkan duit-duit orang yang menonto AF nie.
Satu bende yang buat aku rase pelik, mana menghilangnye semua pelajar-pelajar AF yang lepas. Tue jer persoalan aku. Tak kan dah hilang camtue jer. Dikalangan juara sendiri pown, banyak yang tak menyerlah. Yang paling berjaya setakat nie aku rase la, hanya Mawi. Btol tak? Ke ade lagi yang lain? Sorry kalau tersilap yer.
Nie aku ade sediakan link download untuk korunk. Lagu-lagu finalis juara AF musim ke – 7
Hafiz – Masih Jelas konsert akhir AF7
Aril – Toksik konsert akhir AF7
Akim – Bengang konsert akhir AF7
Aku dapat lagu nie dari Zelo55. Aku download dan aku upload kat entri aku nie. Mekasih ea Zelo55.




May 22nd, 2009 at 3:49 am
sejak bile ko jd mamat AF ni..muahuha.support indie..wakaka
[Reply]
shazclan Reply:
May 22nd, 2009 at 10:11 am
pernah dahulu kala…tue dulu ar..skrg ne de ko tgk aku layan af….hak3….
[Reply]
November 14th, 2009 at 8:22 am
patut nyer akim dpt no2…menyebok je af masuk nie…..
[Reply]
shazclan Reply:
November 19th, 2009 at 12:11 pm
erk…sabo2…
[Reply]