Persiapan Hari Raya

raya

Ramadhan kian menghilang. Syawal hampir menjelang. Hari Raya yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Bergembira la buat semua umat muslimin. Bergembira diatas kemenangan mereka. Kemenangan melawan hawa nafsu dan kehendak hati. Perlumbaan terakhir untuk bulan Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. Sudah sempurankah ibadah puasa kite? Renungkan sejenak.

Alhamdulillah. Kite sudah semakin hampir dengan hari kemenangan iaitu Hari Raya. Terasa begitu pantas masa berlalu seakan ku rase baru semalam kite berpuasa. Tapi jangan disia-siakan masa Ramadhan yang masih ada. Gunekanlah dan manfaatkanlah sebaik mungkin masa yang ada ini untuk menambahkan amal ibadah kite. Siapa tahu, mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kite.

Haaaa. Raya dah dekat dah. Semua orang tengah menyibukkan diri dengan membersih dan menghias rumah masing-masing. Langsir dah tukar, lampu lip-lap dah pasang, pelita dah dinyalakan, rumah dah cat baru dan macam-macam lagi la. Dah tak kenal penat dah. Dari pagi sampai ke petang dok menghias rumah jer. Almaklum la, raya setahun sekali jer. Time nie la nak menghias habis-habisan. Hehehe.

Emak-emak, ibu-ibu, mak cik-mak cik yang kat dapur pown tengah menyibukkan diri dengan memikirkan juadah untuk hari raya nanti. Ade yang nak masak ketupat, ade yang buat rendang, ade yang nak buat sambal kacang. Haih. Macam-macam jenis masakan kite akan jumpe time raya nanti. Sampai aku sendiri pown kadang-kadang tak taw ape nama masakan tue. Makan saje sudeyh.

Yang tengah rancak mebuat kuih tue, buat la bagi sedap yer. Kuih raya pown dah bermacam-macam bentuk sekarang nie. Bulat, segi empat, bujur, segi tiga, heksagon, oktagon, melintang, tebal, leper. Hahaha. Ape yang aku melalut nie. Kalau kite jalan-jalan kat bazar sekarang nie, ramai yang sedang menjual kuih raya. Ade jugak yang dah buat tempahan sebelum raya. Almaklum la, raya setahun sekali jer. Ahaaa~~.

Jahit kak jangan tak jahit. Tue la lagi satu persiapan hari raya. Baju raya. Tiap-tiap tahun wajib ade. Tahun nie warna biru, tahun depan warna merah jambu, tahu depan lagi ntah warna ape-ape pown tak taw. Yang paling best nie, bile kite tengok satu family pakai baju semua warna sama jer. Macam nak masuk pertandingan boria pown ade. Tapi itulah keindahana aidilfitri. Lantak la korunk nak pake baju ape dan warna ape sekali pown, asalkan menutup aurat sudah la.

Dodol oh dodol. Kacau jangan tak kacau. Haaa. Kacau dodol jer aku tak pernah merasa lagi. Ramai orang kata penat nak mengacau dodol nie. Aku tak dapat nak bayangkan macammana agaknya kelihatan yang dihadapi oleh pengacau dodol diluar sane. Lagi-lagi kacau dodol bulan puasa kan. Agak-agak ade yang berbuka tak? Tepuk dada tanya selera haa~~. Kacau-kacau jugak, puasa tue pown puasa jugak. Jangan la kite membatalkan puasa kite yer.

mercun

Nie lagi satu. KABOOMM!!. Opocot, bom mane yang meletup tue. Haish. Buatnya luruh jantung aku macam mana nanti. Haaa. Nie lagi satu yang selalunya ade time raya. Meriam plus mercun tambah bunga api. Nie memang selalu ade la tiap kali puasa dan raya. Tapi untuk puasa kali nie, di kampung aku kurang kedengaran bunyi meriam la. Agak bosan sebenarnya. Seingat aku dulu, malam raya tue la malam paling bising. Sampai mama aku pown tak boleh nak tito. Tak cukup ngan meriam, mercun pown dah macam bunyik meriam. Sekarang nie macam dah kurang dan kurang keseronokkan. Ntah nnti aku dah beso panjang ade lagi tak meriam tue. Huhuhu.

Rumah terbuka. Yeah!. Nie memang best. Dengar ade rumah terbuka, serbu la. Dapat makan free. Hahaha. Lagi satu kemeriahan aidilfitri. Rumah terbuka macam dah satu tradisi atau adat bile berhari raya. Sesiapa yang ade rezeki lebih tue. Boleh la buat rumah terbuka ea. Bagi orang lain makan. Orang lain dapat kenyang, kite dapat pahala. Mudah-mudahan macam tue la. Rumah terbuka pown kene buat persiapan awal-awal, kang nnti tak menjadi la plak.

Perjalanan jauh tak kurasa. Kerna hati ku melonjak sama. Cukop-cukop la tue nyanyi oi. Balik kampung is the very important thing. Jangan la tak balik oi. Raya kot. Kecik hati mak bapak kalau kite tak balik raya. Dah la nak balik tiap-tiap bulan tak dapat. Raya setahun sekali pown tak boleh balik. Hati mak bapak mane yang tak terguris oi. Kepada sesiapa yang memandu tue, pandu la dengan cermat dan selamat ea. Tahu-tahu jer la, banyak eksiden dekat-dekat raya nie. Kepada pemandu bas juge, bawak la sehemat yang mungkin. Bawak banyak penumpang tue. Berhati-hati la di jalan raya yer. Jalan raya bukan tempat kite bersuka tapi hari raya memang kite kene bersuka ria.

Dah sibuk dengan mood raya yang happy memanjang tue, jangan la kite buat-buat lupa pada yang tak mampu. Hulurkan la seberapa ikhlas bantuan yang boleh kite beri. Mereka pown ade hak untuk merasakan kegembiraan sepertimana yang kite rasakan. Kasihani lah anak-anak yatim piatu yang sudah kehilangan bapa dan bonda. Bagi mereka, Hari Raya sudah tiada makna tanpa kedua ibu bapa. Sama-sama la kite membantu mereka. Kepada sesiapa yang masih belum melunaskan zakat fitrah, sile la berbuat demikian. Zakat itu dapat mensucikan dosa-dosa kite insyaAllah.

Dah cukup kah checklist untuk menyambut Hari Raya nnti? Tak cukop lagi? Haish. Bile la nak cukop agaknya tue yer. Buat diri ini, cukup la sekadar aku dapat pulang beraya dengan family aku nie. Aku tak mintak lebih untuk persiapan hari raya nie. Pakai baju raya tahun lepas pown aku tak kesah asalkan aku bersama dengan family aku.

Buat blogger-blogger lain yang sibuk dengan persiapan Hari Raya, jangan keletihan pulak nnti. Buat along yang sibuk buat kuih raya tue, tak nak pos kat sini ke? Ahakz. Gurau saja. Buatlah persiapan terakhir untuk bulan puasa nie dan juge persiapan untuk hari raya nie nnti. Sampai sini dahulu. Salam~~

nota kaki : psstt…baju raya korunk ade bape pasang? ahakz

Tags: , ,

13 Responses to “Persiapan Hari Raya”

  1. PutraMalaya 17. Sep, 2009 at 11:09 am #

    sakan la depa maen mercun..wahahah.
    lps cuti ak nk rsa kueh raya org johor taw..wahahah..o_O

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hohoho…maw rase ka???

    boleh2…ak nak yang langkawi punye..boleh ka??

    [Reply]

  2. pear 17. Sep, 2009 at 2:04 pm #

    raya aku biasa je bro..keje la tahun nie hhohohoh…selamat hari raya bro…maaf zahir batin…duit raya ko..aku klik nuff ko yek hehehe

    [Reply]

    shazclan Reply:

    huhu…

    trimas ya..akan ku klik iklan kamu jua~~~

    selamat berhari raya..maaf zahir dan batin…

    [Reply]

  3. Lizz 17. Sep, 2009 at 11:10 pm #

    aku tak rasa lg nak raye ni, tp…aku ni pelik siket. bile mood tak raye xder now…tgk2 pagi raye aku yg terlebey2 xcited. kalah anak2 sdare.muahahaha

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hohoho…

    tue mmg mood raye btol tue..
    anyway…selamat hari raya~~~

    [Reply]

    harizahtul Reply:

    yelar2….owg raya best tp taun nie jadi x best pulak huhuhuhuhu………

    [Reply]

  4. teh 18. Sep, 2009 at 8:01 am #

    wo

    banyak mercun bunga api bang??
    bgtau polis nak??
    hahaha
    hulur la sikit kat orang sini

    [Reply]

    shazclan Reply:

    erk…

    janganla~~~~
    polis cuti raya la…huhuhu
    mai la datang sini amik…tak kan nak post kot…ngahaha

    [Reply]

  5. suhaila 18. Sep, 2009 at 9:46 pm #

    selamat hari raya~~~

    [Reply]

    shazclan Reply:

    selamat hari raya juge~~~

    balik kg tak??

    [Reply]

    suhaila Reply:

    @shazclan,

    balik r..tp satu hari je kot

    [Reply]

    shazclan Reply:

    ok…

    ko balik raye ke berape plak??
    hohoh

    bnyk tanye plak ak nie..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled