Pengalaman aku bersama budak Darjah 6

Best tak tajuk entri aku kali nie. Best kan. Kali nie aku nak cerita sikit pertama kali aku jadi fasilitator. Haa. Tapi sebelum tue, aku nak mintak maaf la kat sape yang datang jenguk blog aku tapi tak ade ape cerita baru. Aku mintak maaf sangat-sangat. Disebabkan faktor-faktor tertentu, blog nie pown tidak ter’update’. Dah bersawang dah blog aku nie rupenye. Jap lagi aku bersihkan sawang-sawang nie ea.

DSC02089

Okeyh, berbalik kepada tajuk asal kite. Sebenarnya dah lame nak buat post pasal mende nie. Tapi tue la, ade je bende-bende yang menghalang aku dari aku meng’update’ blog aku nie. So, aku dan member-member aku telah diberi tugasan untuk menjadi fasilitator kat sebuah sekolah nie. Tak jauh dari tempat belajar kitorunk. Sekolah tue diberi nama Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis. Dalam 15 minit dah boleh sampai insyaAllah.

Program yang kitorunk kene handle nie ialah Pecutan Terakhir. Biasa la kan, dah nak dekat exam mesti ade program-program macam nie. Jadi aku dan 12 orang member aku memulakan perjalanan ke sekolah tersebut dalam pukul 2.30 petang. Lupe nak bagitaw yang program nie dijalankan selama 2 hari. Hari Jumaat dan Sabtu. Dekat pukul 3 camtu kitorunk sampai la. Sampai-sampai jer, budak-budak tue dah berkumpul kat dewan terbuka menantikan kedatangan fasilitator nie.

Mase sampai tue, chief fasilitator tak sampai lagi. So tanpa membuang masa, kitorunk start jer la program tue tanpa chief yang sangat dihormati. Program berjalan dengan lancar sampai la turun hujan yang sangat lebat petang itu juge. Dah la buat kat dewan terbuka. Memang basah fasi ngan budak-budak sekolah tue sekali. Ops. Lupe nak mention berapa ramai budak yang terpilih untuk menjalani program Pecutan Terakhir nie. So semua sekali budak-budak nie ade 40 orang. 40 orang nie la yang dianggarkan boleh dapat 5A dalam UPSR nanti.

Petang tue diakhiri ngan hujan yang lebat. Pastu kitorunk lepaskan budak-budak untuk makan,mandi dan siapkan diri masing-masing. Fasi pown camtu gak. Malam tue kitorunk ajar budak-budak nie lagu tema. Lagu dendangan kumpulan nasyid terkemuka In-Team yang bertajuk Akrab Persahabata. Dan agak ramai yang tak tahu lagu nie. Almaklum la lagu nasyid lame kan. Tapi tak pe la. Ajar jer la kan. Hehehe. Lepas tue, terus ke sesi bersama bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis iaitu chief fasi kite gak. Aku rase memang die saje nak buat kat sekolah nie kot.

Dan program hari Jumaat sudah berakhir. Budak-budak pown dilepaskan pulang ke rumah masing-masing bersama ibu bapa yang sudah menunggu. Dan bermula postmortum bersama dengan chief fasi. Macam-macam la yang dibincangkan. Hehehe. Turut diberitahu, bahawa sekolah nie juga ade penghuni lain. Tapi bagi aku memang biase bende-bende macam nie. Kite hidup kat dunie nie memang camtu la. Ade bende yang kite boleh nampak dan ader bende yang diluar dari batasan kite. Tapi dalam cerita-cerita yang diberikan oleh chief fasi nie, baru la aku perasan selepas abis program nie. Tue nanti aku citer lepas abis hari Sabtu plak ea.

Fasilitator diarahkan untuk tidur disekolah tersebut yang digembar-gemburkan banyak kejadian aneh telah berlaku. Ade diantara fasi yang mule ketakutan. Tapi takut tue bende biase la dan kite boleh kawal ketakutan kite sendiri. Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian pelik yang berlaku. Pagi Sabtu dimulakan dengan solat Subuh berjemaah,sedikit tazkirah dan sedikit game. Aktiviti seterusnya makan dan bermula la program untuk hari Sabtu. Kali nie terpaksa buat kat surau sebab dewan terbuka digunakan sampai pukul 1. So terpaksa gunekan surau dengan sebaik mungkin.

Petang Sabtu bermula grand motivasi dimane budak-budak sekolah nie dimotivasi cukup-cukup supaya diorunk dapat 5A. Harap-harap semua budak-budak nie dapat 5A dalam UPSR diorunk. Ammiinnn. Dan slot atau program terakhir ialah slot muhasabah. Slot bermula selepas mengerjakan solat Maghrib yang diimami oleh salah seorang guru kat sekolah tue jugak. Slot dimulakan dengan ucapan alu-aluan chief fasi dan kemudian diserahkan kepada salah seorang fasi. Fasi tersebut mule bercakap, lagu instrumental mule dimainkan dan lampu pown dipadamkan. Kedengaran suara budak-budak yang agak ketakutakn. Tapi still diteruskan. Tak lame kemudian, kedengaran suara tangis budak-budak mula memenuhi ruang dewan. Dapat la same-same kite menginsafi diri kita masing-masing malam tue.

Memang malam tue paling sedih. Tengok adik-adik kecil kite menangis membuat hati aku sedikit sebak. Ingin ku tahan air mata tapi tak bleh. Hahaha. Ape punye fasi la aku nie. Dan yang paling syahdu, tengok adik-adik nie peluk ngan ibu bapa. Memang buat aku terasa nak balik rumah time tue jugak. Lepas dah habis semua drama sedih, acara majlis penutupan dilancarkan. Habis la Program Pecutan Terakhir selama dua hari di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis. Moga-moga usaha-usaha fasi dapat membantu diorunk mendapat 5A dalam UPSR. Ammiiinn..

Ape yang aku dapat dari program nie ialah pengalaman. Dapat la menimba sedikit pengalaman selama aku berada diprogram nie. Telatah budak-budak nye lagi. Ade yang gembira, ade yang sedih jer, ade yang macam tak bersemangat. Tapi semua bende tue menyeronokkan bagi aku walaupun badan nie memang dah penat kaw2.

Ops, hampir terlupe bende yang aku nak ceritakan. Jeng…jeng…jeng…Chief fasi memulakan cerita bahawa seorang budak perempuan telah dibawa pulang ke rumah apabile melihat satu lembaga yang aneh. Tapi bile aku kire budak-budak nie, aku dapat 40 plak. Sepatutnya 39 la kan. Kate dah balik sorang. Tak taw la budak perempuan dah datang balik masa petang tue or chief fasi nie saje nak test kitorunk. Hahaha. Biarkan~~

Nie aku ade snap sedikit gambar dari program tue. Enjoy~~

DSC02128

DSC02127

DSC02126

DSC02118

DSC02109

DSC02108

DSC02102

DSC02101

DSC02099

DSC02097

DSC02096

DSC02093

DSC02091

DSC02087

DSC02077

DSC02061

8 Responses to “Pengalaman aku bersama budak Darjah 6”

  1. PutraRocker 23. Aug, 2009 at 5:28 am #

    sarang hae yo..!!!!hahah

    [Reply]

    shazclan Reply:

    apa khabar naqi???

    hahaha

    [Reply]

  2. lizz 23. Aug, 2009 at 12:33 pm #

    dulu join motivasi camni,sure siap2 dah nak cry malam qiamulail.hehehehe

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehehe…

    bese la nanges tue…^_^

    [Reply]

  3. teh 23. Aug, 2009 at 10:38 pm #

    hohoho
    mesti sangat berdedikasi fasi2 ni
    berkesan. sampai nanges2 ha diorang

    [Reply]

    shazclan Reply:

    haha…

    mane ade pown…bese2 jer…

    [Reply]

  4. azim 26. Aug, 2009 at 8:22 am #

    uip… credit to syaufiq….

    haha.. die yang bdk nangis gtu… haha…

    kalau aku.. aku rotan je sampai nangis…. haha…

    [Reply]

    shazclan Reply:

    ish ko nie azim…suke mendera ea…tak baik punye…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled