
Terkenang kembali saat-saat dimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat. Merdeka!!! Saat itu satu penduduk Tanah Melayu gembira sehingga mengeluarkan air mata kerana sudah lagi tidak di bawah naungan mana-mana kuasa penjajah. Kemudian 16 September 1963 secara rasminya nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia dan pada masa itu juga Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia membentuk sebuah negara yang berdaulat.
Pergh. Tak sia-sia aku belajar sejarah dulu. Masih lagi aku ingat peristiwa penting nie. Hahaha. Cukup-cukup. Alhamdulillah. Malaysia dah ke – 52 kali menyambut ulang tahunnya a.k.a merdeka. Harapnya kemerdekaan ini akan kita terus pertahankan sampai bile-bile. Jangan biarkan sekali lagi negara kite dijajah. Betapa susahnya atuk nenek kite berusaha siang malam untuk membebaskan kite dari belengu penjajahan.
Tapi sekarang ni , Hari Kemerdekaan dah macam satu perayaan. Bukan untuk dihayati , tetapi untuk bersuka ria. Konsert sana sini. Maksiat berleluasa. K****m yang bersepah sana sini di pagi kemerdekaan. Orang datang ke konsert semata-mata nak berseronok tapi tak tahu langsung sejarah kemerdekaan kite. Orang yang mengadakan konsert seronok mengira duit setelah konsertnya berjaya. Ape nie? RTM 1 dan RTM 2 banyak memaparkan dokumentari mengenai sejarah negara kite, tapi tak siapa pown nak tengok. Tak ade rase nak amik tahu. Nama saje negara merdeka. Tapi fikiran masih lagi dijajah. Masih lagi mengikut budaya yang tak patut.
Andai la kite dapat diberi peluang atau dapat merasakan hidup sebelum zaman kemerdekaan, mungkin kite akan merasa bagaimana susahnya untuk hidup dulu. Susahnya untuk mencari sesuap nasi. Sentiasa berada dalam keadaan yang ketakutan. Penjajah yang tiada belas kasihan. Habis semua hasil bumi kite dirampasnya.
Namun anak muda sekarang tak sedar. Bangun tapi umpama tidur. Tidak tahu sejarah negara sendiri. Adat dan budaya sudah diganti. Kononnya baru ade ‘trend’. Kalau tak, ketinggalan zaman. Ternyata fikiran kite masih lagi dijajah. Tibe-tibe aku terfikir. Ape yang orang-orang ‘atasan’ nie buat. Tak buat kerja kah sampai anak mudah kite jadi macam nie. Kadang-kadang makin diwar-warkan bende yang tak elok.
Kalau macam nie la. Aku rase, satu hari nanti, negara kite akan dijajah kembali. Berubah la anak muda. Bukalah minda. Bukalah hati. Fikirkan masa depan kite, masa depan negara. Elakkan dari melakukan jenayah yang tak berkesudahan. Elakkan dari menagih dadah. Elakkan dari semua bende tue. Bangkit lah untuk negara. Jangan biar anak cucu kite mendengar laungan merdeka tanpa ade perasaan. Jangan biarkan anak cucu kite tidak lagi merasa kemerdekaan. Sedarlah.
Sedikit post ringkas khas untuk Hari Kemerdekaan. Merdeka!!!







salam merdeka. Ringkas, tapi padat.
Kita anak merdeka yang sudah kurang mengerti apa erti merdeka yang sebenar. Mungkin memang kita lebih tahu ia sebagai satu perayaan dan hari cuti sahaja!
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:25 pm
doa2 la bende nie akan berubah kepada suatu yang lebih baik lagi di masa akan datang…
[Reply]
merdeka! merdeka! merdeka!
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:24 pm
tak cukup tue…kene lebey lagi…ahah
[Reply]
inilah akibatnya jika soal agama tidak dititik beratkan didalam pentadbiran..anak muda bebas membuat sesuka hati mengikut budaya barat cuba bayangkan mereka semua menjadi penganti kepada negara kita kelak..Hancusss
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:24 pm
tak dapat eden bayangkan…
maka barat la kite jadinye…ish3
[Reply]
no comment
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:24 pm
me no comment too…lol
[Reply]
cubelah hayati merdeka, selagi negara kita masih merdeka =)
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:23 pm
tahu tak pe…
[Reply]
merdeka3!!.. sama2 laa kite menghayati arti kemerdekaan dan kebebasan..;)
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:24 pm
merdeka!!!!
[Reply]
salam merdeka bro..nak tau hadia sempena kemerdekaan kau klik blog aku..heheh
[Reply]
pada sy, merdeka tak perlulah disambut secara meriah dan gah. sudah cukup jika kita dapat menghayati erti kemerdekaan yg sbnr.
[Reply]
shazclan Reply:
September 8th, 2009 at 9:26 pm
totally agree…
meriah tapi tak dihayati tiada gunenye juge…huhu
[Reply]
zelo55 Reply:
September 12th, 2009 at 5:02 am
betol3…
ckuplah dgn laungan merdeka mcm tunku abdul rahman dulu…
ckup bermkna dah kot…huuu…
[Reply]