
Apa pendapat pembaca tentang alam perkahwinan nie? Ada yang seronok. Ada yang tak nak amik tahu. Ada yang buat-buat tak tahu. Ada yang pening kepala bila fikir pasal kahwin. Dan macam-macam lagi yang perlu difikirkan. Tapi apa pula pendapat pembaca tentang calon untuk dikahwini nanti? Perlukah si dia memiliki kriteria seperti yang kita mahu kan? Atau pown kita hanya berserah kepada ke dua ibu bapa kita untuk mencarikan calon? Atau cari sendiri calon yang kita idamkan? Ataupun anda berkata dengan sesiapa pown tak kisah asalkan aku bahagia? So, apa pendapat pembaca? Haha.
Menarikkan tajuk Meniti Alam Perkahwinan nie. Umur pown dah semakin meningkat dewasa. Alam remaja dah nak habis hayatnya. Kini nak masuk pula alam dewasa atau alam bujang. Hahaha. Ade ke alam bujang dalam dunia nie. Tapi hakikatnya makin hari kita makin berusia. Usia tidak berkurang tetapi bertambah. Tanggungjawab pown begitu. Dulu sebelum baligh, dosa ditanggung kedua ibu bapa. Selepas baligh, dosa kita tanggung sendiri. Dah kawin nnti, dosa isteri, anak-anak yang belum baligh, suami gak yang kene tanggung. Tue baru ada satu isteri, kalau ada dua atau tiga atau empat? Hahaha. Fikir-fikirkanlah sendiri yer.
Perkahwinan bukan la suatu bende yang mudah bagi aku. Bukan benda yang senang tapi semua orang mengidamkannya. Siapa yang tak nak kahwin kan? Mesti la kebanyakkan orang nak. Orang yang tak normal sket jer tak nak kawin nie. Firstly sebelum kahwin, mesti la kene kenal hati budi calon isteri atau suami. Nie bende penting kot. Tak kan la nak kawin dengan orang yang tak kenal kan? Bagi yang nak pilih calon sendiri tue, kene la perkenalkan dekat ibu bapa dahulu. Minta pandangan ibu bapa. Sebabnya diorunk nie lebih dulu makan garam dari kita. Ibu Bapa tahu lah apa yang baik dan apa yang tidak.
Tue baru nak start kenal tue, belom nak kawin lagi. Hahaha. Lepas tue disusuli pula meminang, akad nikah dan bersanding. Haish. Semua event nie kene pakai duit kot. Jadi di pihak lelaki, pandai-pandailah simpan duit dari sekarang ea. Kang ade yang makan pasir je nanti. Bab meminang plak kene sediakan wang hantaran, hadiah dan ntah ape-ape lagi. Aku pown tak taw. Tapi seyes banyak keje. Kad jemputan lagi. Hehe. Tarikh yang sesuai untuk bernikah dan bersanding. Hoho. Nak jadi raja sehari la katakan. Mestila semuanya kene perfect. Hari tue jer la nak rasa jadi raja. Tapi tak taw la ada niat di hati untuk menambah cawangan. Haha. Terpulang~~~
Masuk akad nikah plak. Hari yang mendebarkan buat kedua-dua belah pihak. Pada hari itu la mereka akan disatukan dan akan bergelar sebagai suami isteri. Pihak lelaki perlu sedia segala-galanya. Dari segi rohani, duti semua dan apa-apa lagi yang penting la. Bukan sedia batin jer ea. Opss. Haha. Terlepas plak. Hakikatnya, tanggungjawab sudah semakin besar. Pabila diri bergelar semua atau ketua keluarga, tanggungjawab sangat la berat dan tak mampu ditanggung sendiri. Dan pada masa ini lah isteri diperlukan untuk membantu suami. Yeah. Aku cakap nie macam aku dah kawin la plak. Haha.
Bersanding. Perghhh. Mesti nak buat semeriah mungkin kan. Khemah nak 5 hingga 6 bijik. Makanan catering jer. Pelamin macam singgahsana. Siap ada karoeke, dj bertugas pown ada, dan macam-macam lagi la. Hari tue la pengantin kene nampak berseri-seri. Wah. Memang saat-saat paling bermakna dalam hidup. Sentiasa tersenyum malu. Haha. Tak taw la aku kawin nnti camne kan. Lambat lagi. Sabo2. Pastu amik plak gambar sebagai kenangan. Photographer mesti nak mantop punye. Pastu banyak plak set baju pengantin. Nak ambik gambak mane bley pakai baju same jer. Tak rock la. Haha. Terbaik beb.

Hidup selepas kahwin sangat-sangat berlainan dengan hidup sebelum berkahwin. Perkahwinan pada aku ialah untuk suami dan isteri berkongsi segalanya. Segala suka duka, pahit getir, masam manis semua perlulah dikongsi bersama. Dan perlulah saling mempercayai kerana perjalanan masih jauh perlu diharungi. Bila sudah berkahwin, hidup pown sudah berteman. Makan berteman, solat berjemaah, dan segalanya berteman la. Tidak lagi keseorangan. Jika isteri didalam kesusahan, suami perlulah menolong dan juga sebaliknya. Indahnya saat sebegitu.
Haha. Tibe-tibe plak aku buat cite pasal kahwin kan. Nie sume sebab member skolah aku baru kahwin. Bukan wanita tetapi jejaka. Jarang aku nak dengar jejaka berumur 21 tahun kahwin. Wanita selalu gak la dengar. Gadis pown ramai juga. Tapi jejaka jarang sekali. Haha. Tahniah sahabatku Aimierul Asyraf yang baru saja mendirikan rumah tangga pada 7 Februaru 2010. Semoga bahagia ke anak cucu. Tak lupa gak kepada kawan se’ICT’ Ieja yang dah kahwin juga. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Dan juga kepada senior aku Ubaid, ramai2kan lah lagi daie kite yer. Semoga perkahwinan menjadi titik baru untuk lebih maju untuk masa akan datang.
Sekian.
P/S : Kepada sesape lagi member aku yang dah kawin tapi aku tak tersebut, aku mintak maaf yer haha.
P/S : Akhirnya update gak blog aku nie setelah sekian lama sunyi tanpa bicara. Malas lor nak update. Ponin2.
P/S: Kepada aimerul and ieja, aku pinjam gambar korunk ea. Kalau tak suke ak letak gambar korunk kat blog aku, gtaw ak taw..haha







aku ske g kenduri kawin sbb blh mkn mknn sdap!wee~~
ramai gak mmber aku yg teringin nk kawin, tp aku nk rilek dlu.cari duit dlu sblm kawin.
Mira´s last blog ..Kelantan
[Reply]
shazclan Reply:
February 16th, 2010 at 9:03 pm
mmg la sedap…ko makan free..ahaha..
zzzzz
[Reply]
aku kalau bule skrg jgk aku nak kawen..
ramai org kate kawen ni mrh rezki ooow….
wawawawawawawaw o_O
PutraMalaya´s last blog ..Valentine’s Suck !
[Reply]
shazclan Reply:
February 16th, 2010 at 9:06 pm
aku doakan semoga ko kawin tahun nie gak…aminnnn
[Reply]
zelo55 Reply:
February 21st, 2010 at 6:27 am
tp ko susah a kumar..
bnyk sgt pilihan..
hahahah…
zelo55´s last blog ..Saya Bukan Itu Ini. Bukan.
[Reply]
shazclan Reply:
February 22nd, 2010 at 10:01 am
kumar tak pe….die angkut sekali 5 terus pown tak pe…muahaha
[Reply]
Salam~~
Kawin??
Bg aku t’lalu muda untk aku alami.And aku nk m’rasai alam bujang puas2..
WAkakaka…
=P
=Stevie Z=´s last blog ..First in 2@1@ …
[Reply]
shazclan Reply:
February 16th, 2010 at 9:28 pm
yeah…menikmati dulu zaman muda2 yer zaim..heheh
[Reply]
selepas bc entri ko ni..smangat utk brkhwin awal semakin membara…haha…Insya Allah smpi seru kahwin juga..yg pentg diri kena sntiasa prepare…fzkal,mental n rohani espclly.
[Reply]
shazclan Reply:
February 17th, 2010 at 12:21 pm
hehehe….bley kamil..kang dah sampai seru gtaw la aku….ngehehe..bley ak g melake lagi…haha
[Reply]
kalu aku la kan.. memang nak kawen pon..
ahahahaha.. tapi kalu boring nk jadi bujang balik.
bile da teringin, kawen la balik.
bole tak itu macam??
shah´s last blog ..Of CafeWorld and Valentines day
[Reply]
shazclan Reply:
February 20th, 2010 at 11:26 pm
haha…bley jer….tak de orang larang pown..x de sape larang pown..
hehe..
cakap nie cam dah ade calon jer…ahhaha
[Reply]
zelo55 Reply:
February 21st, 2010 at 6:29 am
bole2..
ko kawin n cerai dlm mimpi..
ko mmpikan ak jd tok kadi tros pon xpe..hahaha…
zelo55´s last blog ..Saya Bukan Itu Ini. Bukan.
[Reply]
shah Reply:
February 21st, 2010 at 8:02 am
ngahaha. kau jadi tok kadi, tak kawen la aku jawab nye..walau dalam mimpi.
adeh..
shah´s last blog ..Barang apa yang anda bawa bila ke toilet
[Reply]
hmm..berkenaan calon isteri,aku tak kisah sgt la macam mana.janji pandai basuh berak sendiri ok dah.
[Reply]
shazclan Reply:
February 20th, 2010 at 11:31 pm
adeh….basuh berak budak 5 tahun pown dah reti…hahaha
[Reply]
xsbr nak kwin gak..huhuhuuh
[Reply]
ishak Reply:
February 23rd, 2010 at 3:11 am
khawin cepat best….kalau bini umo 19 fuhh……3 hari tak keluar bilik hohohohh
[Reply]
aku pun tak sbr nk khwin gak ni..huhu
[Reply]
shazclan Reply:
February 21st, 2010 at 1:43 am
hehe…kawin la cepat2…nnti nak kawin jemput ak skali..haha
[Reply]
biler tengok member2 ade yang dah kahwin, terasa ggedik gak nak kahwin..tapi sedar diri belum lagi sedia nak kahwin..banyak menda nak ke di pk kan dulu
cik peanut´s last blog ..i Hate my 20th
[Reply]
shazclan Reply:
February 21st, 2010 at 2:01 am
huhu…btol…kite kene kawin bile kite rase kite dah sedia nk kawin..kalau tak sedia lagi…enjoy ar dulu…hoho
[Reply]
cik peanut Reply:
February 21st, 2010 at 11:48 am
hohoho..betul2..lagi2 kene kahwin pakse..enjoy ke..heheh
cik peanut´s last blog ..i Hate my 20th
[Reply]
shazclan Reply:
February 22nd, 2010 at 9:59 am
uuuiiiii…kawen paksa lagi la merana…hadoi…
[Reply]
assallamualaikum dan salam sejahtera
heheh kalau nak khawin kena stanby…..
1. kekuatan iman
2. ilmu agama mencukupi
3. viagra & tongkat ali..( langkah keselamatan)
4. duit yang mencukupi ( sekadar untuk akad nikah ) tak payah sampai puluhan ribu membazir,nanti apa-apa hal nyesal
5 . kepimpinan ( senang nak jadi idola anak)
6. open minded,bersangka baik dan tiada cemburu membabi buta
sekian salam satu malaysia
[Reply]
shazclan Reply:
February 28th, 2010 at 2:39 pm
btol2…apa yang ditulis nie semuanya btol..hohoho
[Reply]
sebut pasal, terfikir adakah diri sudah cukup matang untuk melangkah ke alam itu.
beliamuda´s last blog ..Telefon Yang Berdering & Kabel Telefon Yang Disambung Semula
[Reply]
shazclan Reply:
March 29th, 2010 at 1:23 pm
tapi semua orang nak lalui alam nie kan? jadi kene siap2 kan diri…hehe…lagi2 lelaki…^^
[Reply]
Macam2 karenah sblm kahwin, time kahwin & selepas kahwin.
Apa2 pun tu semuaka dugaan hidup..takkan semua nak best je..
[Reply]
shazclan Reply:
May 31st, 2010 at 7:10 am
betul tue…
[Reply]
PAKEJ PERKAHWINAN 2010
Ada sape2 berhajat nak BERTUNANG atau nak BERKAHWIN pada tahun nie 2010, jgn malu2 jgn segan2 utk bertanya Pakej Perkahwinan dekat kami. Kami wedding planner kat shah alam dan KL. Harga boleh dirundingkan…
[Reply]
Beauty Umaira – 1001 Rahsia Kejelitaan Dalaman dan Luaran Wanita
Harga Asal: RM289..00 sekotak 21 sachet
Harga Promosi: RM250.00 sekotak 21 sachet
Bagus sgt2 untuk keintiman suami isteri.
Belum cuba belum tahu…………..
Dah cuba nak selalu!!.
www,umphhbeautyumaira@blogspot.com
[Reply]