Rasenye masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Hari Ibu kepada mama aku. Walaupun Hari Ibu semalam bersamaan dengan hari Ahad, 10 Mei 2009, tapi aku tetap merasakan bahawa setiap hari adalah Hari Ibu buat aku. Tadi pagi, dalam pukul 9 lebey camtu, aku call mama aku. Sebabnya dari semalam aku call mama tapi tak dapat2, ape boleh buat, mama aku busy sangat kot. Hahaha. Dan tadi pagi gak la aku wish kat mama aku. Tibe-tibe plak aku rase rindu sangat-sangat kat mama. (bukan nak kate nie aku nie suke duk bawah ketiak mak ea..) For me, mama tiada penggantinya. Dialah satu-satunya. Yang mengandungkan aku selama 9 bulan, yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, semua tue takkan terbalas walaupun aku mati hidup balik.
Aku sayang kat mama aku sangat-sangat. Tapi dalam masa yang sama, aku ada gak buat mama aku sakit hati ngan aku. Bila la aku boleh jadi anak yang baik nie. Hurmm. Doa-doakan la yer. Korunk semua dah taw kan ibu insan paling mulia sampai syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Janganlah kite sesekali menderhaka kat ibu kite. Jahat mane pown, teruk mane pown ibu kite, die tetap ibu kite dan memang tiada pengganti.
Ingat ea, bukan senang ibu nak melahirkan kite. Ibu bertarung nyawa nak melahirkan kite. Sudah lah die bawa kite kemane-mane pown semase mengandungkan kite dan tak pernah mengeluh pown. Tapi bile kita dah besar, dah dewase, bile ibu suruh kite buat kerja sikit pown, kite dah mengeluh. Bagi seseorang yang mudah terase, mereka akan berase amat sedih. Lagi-lagi kalau anak die nakal, terus tak dengar cakap ibu, lagi la diorunk sedeyh. Korunk yang membace entri nie, jangan la derhake kat parents korunk. Nanti bile korunk dah dapat anak, diorunk akan buat balik kat korunk. What you give, you will get back!!.
Sempena Hari Ibu nie, aku nak berkongsi satu cerita ngan korunk. Dan cerita nie mesti lah ade kaitan dengan ibu. Kalau tak, tak de la aku nak cerita kat korunk.
Cerita nye bermule begini, ada sepasang suami isteri yang bahagie. Tidak mewah tapi hidup hanya sederhana. Suami ini masih mempunyai seorang ibu di kampung. Satu hari, ibu si suami nie datang menjenguk anak kesayangannya itu. Dan si suami nie pown keluar la mencari makanan dan juadah untuk di buat santapan untuk malam nanti bersama ibu dan isterinya. Dalam perjalanan pulang, si suami ternampak sebuah kedai yang menjual susu segar lalu terus membelinya. Sampai-sampai di rumah, si suami terus memberi susu itu kepada isterinya. Ibu si suami yang melihat si suami memberi susu yang dibeli tadi kepada isteri si suami amat la sangat terase. Si ibu ingat bahawa anaknya membeli susu itu untuk die tapi ternyata bukan. Namun si ibu tidak meluahkan perasaannya dan hanya berdiam diri. Beberapa hari selepas kejadian itu, si ibu ini pulang lah ke kampung halamannya semula.
Tiba suatu masa, si suami ini sudah sampai ajalnya. Namun begitu, si suami ini bertarung hebat dengan nyawanye seakan-akan ada bende yang menghalang dari nyawa si suami keluar dari tubuh badannya. Setelah di soal siasat, baru lah tahu bahawa ibu si suami tadi masih terasa hati dengan perbuatan anaknya itu. Sudah sekian lame si ibu masih tidak boleh memaafkan perbuatan anaknye itu. Apabla sudah dipujuk beberapa kali, akhirnya si ibu memaafkan juga anaknya dan anaknya boleh mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhirnya.
Di sini kite boleh ambil pengajaran. Janganlah sesekali kite melukekan hati kedua ibu bapa kite. Segera lah memohon maaf kepada kedua ibu bapa kite dan berdoa la agar kite boleh menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangalah sampai satu masa kite menyesal dengan perbuatan kite. Andai ibu kite pergi sebelum kite sempat memohon maaf dan meminta ampun padanya, alangkah ruginya kite kerana kite tidak boleh lagi meminta ampun untuk selame-lamenye. Fikirlah kawan-kawan. Telefonlah ibu anda sekrang. Sebelum terlambat….







2 gmbr baby ko brsama mak ko ka??kat nadia brsama ank korunk…hehe
[Reply]
shazclan Reply:
May 12th, 2009 at 8:06 pm
hak3….bukan ar…n lagi satu…nadila la…bukan nadia..adoiyai…huhuhu
[Reply]
dah ucap.
sedih ah tingat mak.
[Reply]
shazclan Reply:
May 12th, 2009 at 8:07 pm
huhu…
doakan la kesejahteraan mereka selalu…^^
[Reply]
tak sabar nak jadi IBU… hihi..
[Reply]
shazclan Reply:
May 13th, 2009 at 10:05 pm
haha….sabo2 ea…nnti jadi ibu gak..nnti kalu jadi ibu awal jang nnti cepat sangat jadi nenek…hehe
[Reply]