
Haa. Lame tak buat entri pasal lawak nie. Terasa nak buat entri pulak pasal lawak nie. Hurm. Nak tulis entri pasal lawak ape ea?Ok2. Lawak kali nie berkisar tentang seorang pengembara yang datang ke negara Arab. Cop2. Sebelom tue, kepada sesiapa yang pernah terdengar lawak nie, buat-buat la baru dengar untuk pertama kali ea. Hahaha.
Sambung cerita balik. Tersebut la alkisah seorang pengembara yang kuat mengembara. Sudah banyak tempat die mengembara dan sekarang sampai la ke negara arab nie. Sampai jer kat situ, si pengembara nie cari la tempat berteduh kerana sudah penat berjalan.
Tiba-tiba ternampak seekor binatang di kawasan lapang. Si pengembara amat hairan melihat binatang itu kerana si pengembara tidak pernah sama sekali melihat binatang itu. Binatang itu ialah seekor unta. Si pengembara amat taksub melihat unta tersebut. Owh terlupa nak bagitahu, pengembara ini juga pandai berkata-kata dalam bahasa arab. Jadi die pown meminta kepada tuan empunye unta ini untuk membeli unta tersebut.
Jadilah unta itu milik si pengembara ini. Die pown terus memanjat ke belakang unta untuk dijadikan tunggangan. Si pengembara mengetuk kakinya ke perut unta tersebut untuk menyuruh unta berjalan tetapi unta tersebut masih tidak gerak walau setapak pown. Tuan punye unta itu datang dan bagitahu cara untuk menggerakkan unta itu. Untuk berjalan, kene la cakap ‘alhamdulillah’ manakala untuk memberhentikan unta kene la cakap ‘sodaqallahulazim’. Si pengembara terus berkata ‘alhamdulillah’ dan unta pown terus berjalan.
Sudah jauh si pengembara dan untanya mengembara. Sudah macam-macam tempat berjalan dan kali ini si pengembara dan unta mahu menuruni bukit. Unta pown bergerak dan pergerakannya semakin laju. Si pengembara ternampak gaung di hadapan dan segera berkata ‘sodaqallahulazim’. Fuh. Unta sempat berhenti dan selangkah lagi unta dan si pengembara ini akan masuk gaung jika tak berhenti. Si pengembara berasa amat lega dan menyebut “alhamdulillah, selamat dapat berhenti”. Unta bergerak dan fikirkan lah sendiri ea.
Apa la yang aku tulis kat atas nie. Macam tak lawak jer. Ok2. Cukup la sampai sini dulu. Ari lain buat entri baru plak. Wasalam~~








agak ar…
x lawak pon..
haha…
first time masuk sini..
salam kenal…
selamat menyambut sisa2 Ramadhan yg masih ada..
[Reply]
shazclan Reply:
September 17th, 2009 at 5:47 am
haha…
sudah ku agak..
nak bersedih sekejap..
ok dah..
masuk la selalu yer…
hehe..
salam perkenalan juge~~~
[Reply]
hahaha
dun wori meh
aku tengah gelak ni hahaha
klaka2
sian pengembara t
jadi fosil la dia kat dalam gaung 2
[Reply]
shazclan Reply:
September 18th, 2009 at 11:36 am
ugh…
nie secara ikhlas atau tak ikhlas nie..
wahaha…anyway..thx~~~
[Reply]
teh Reply:
September 28th, 2009 at 12:29 am
@shazclan,
ikhlas la
sampai ati kau meragui keikhlasan aku
teh´s last blog ..Raya: Yang Best dan Yang Tak Best
[Reply]
shazclan Reply:
September 30th, 2009 at 4:10 am
erk…
ku gurauan saje la…jgn amik ati lorr…
[Reply]
tersenyum la jugak~
beliamuda´s last blog ..Tiba jua di kampung halaman untuk beraya
[Reply]
shazclan Reply:
September 21st, 2009 at 8:06 pm
huhu…nmpknye tak de la sampai tak mencuit hari langsung..huu~~
[Reply]