Kisah Suka Duka (Part 5)

clock ringing

KKKKKRRRRRRIIIIINNNNNNNGGGGGG……!!!!!! Jam loceng Fairuz berbunyi. Fairuz tercari-cari jam locengnya. Jam loceng dicapai dan kunci dimatikan. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Fairuz berasa malas untuk bangun pada pagi itu. Mungkin penat selepas menduduki kesemua kertas exam yang berakhir semalam. Kepala Fairuz ringan seringan-ringannya. Bagaikan semua isi yang terkandung didalam akal fikirannya telah dilontarkan keluar diatas kertas peperiksaan. Begitulah situasi pelajar dimana ramai yang suka belajar diakhir waktu dan macam-macam yang reaksi yang dapat kita lihat pada hari peperiksaan. Tetapi bagi Fairuz, lupakan segala kertas yang telah didukinya dan bertawakal sahaja kepada yang maha Esa.

Fairuz bangun buat seketika, dan tidak lama kemudian rebah semula di atas katil. Terasa badannya telah ditimpa beberapa tan batu menyebabkan die berasa sangat malas untuk bangun pada pagi itu. Namun perasaan itu dilawan kerana Fairuz tahu kewajipannya sebagai seorang yang bergelas Muslim. Perlahan-lahan Fairuz melangkahkan kaki ke bilik air dan membasuh mukanya. Air yang sejuk membuatkan Fairuz berasa terkejut dan sangat segar. Berus gigi serta ubat gigi dicapai dan ubat gigi dilenyekkan diatas berus gigi. Begitulah keadaan waktu pagi buat Fairuz. Kadang-kadang malas untuk membangunkan diri dan kadang-kadang senang sahaja untuk dirinya untuk bangkit pada waktu subuh dan amat jarang bagi dirinya untuk meninggalkan solat subuh.

Kebiasaannya selepas sahaja peperiksaan, waktu pagi adalah waktu paling sesuai untuk Fairuz kembali kekamar tidurnya kerana setelah beberapa hari bersengkang mata mentelaah buku pelajaran, waktu tidurnya terganggu sedikit. Dan inilah masanya untuk Fairuz mengganti kesemua waktu tidurnya. Tetapi pagi itu agak berlainan sedikit. Pada kebiasannya, Fairuz tidak akan mengunci jamnya, tetapi pada pagi itu Fairuz mengunci jamnya supaya dia dapat terjaga pada waktu yang ditetapkannya. Mengapakah Fairuz mengunci jamnya? Kebetulan pada hari itu, penjualan novel terbaru akan dijalankan di Popular Mid Valley. Novel itu bertajuk Kalimah Cinta. Novel ini semakin hangat dipasaran dan ada desas desus mengatakan bahawa novel ini akan difilemkan. Ini membuatkan lebih ramai orang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan movie tersebut. Jam telah di kunci dan badan direbahkan keatas katil. Mata dipejam dan tidak lama kemudian diri Fairuz tidak lagi berada didunia nyata.

* * * * *

Azan subuh telah menyedarkan Suzila dari tidurnya. Suzila bangun sebagai tanda menghormati azan. Selesai saja azan habis berkemundang, Suzila membaca doa selepas azan dan bergegas kebilik air untuk membersihkan diri. Situasi Suzila sama seperti Fairuz. Suzila baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semesternya semalam. Terasa seperti baru sahaja terlepas dari cengkaman peperiksaan yang sangat memenatkan. Selama Suzila menduduki exam, Suzila tidak pernah sama sekali menghabiskan masanya dengan sia-sia. Sebaliknya, Suzila sering dilihat di dalam perpustakaan mengulangkaji pelajaran. Keadaan keluarganya yang susah membuatkan diri Suzila gigih berusaha dan tekun belajar untuk mengecapi kejayaan. Suzila ingin membalas kesemua jasa baik ibu dan ayahnya.
Pagi itu terasa sungguh nyaman sekali. Suzila mempersiapkan diri untuk menunaikan solat subuh. Selesai sahaja solat subuh, Suzila mengemas-ngemas biliknya kerana Suzila akan pulang ke kampung halaman keesokkan harinya. Jadi die terpaksa mengemas bilik kerana pada semester hadapan Suzila bakal pindah ke hostel yang lain. Hostel yang bakal diduduki oleh Suzila ini dekat dengan segala kemudahan terutamanya kafe tempat Suzila selalu membeli makanan. Disamping itu, kedudukannya yang berdekatan dengan fakulti di mana tempat Suzila menghadiri kuliah menyebabkan die berasa lebih selesa kerana tidak perlu untuk berjalan jauh untuk sampai ke fakultinya. Untuk semester hadapan, kepenatan yang dialaminya pada semester ini akan berkurangan dan Suzila berharap die dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap pelajarannya.
Pada hari itu juga, Suzila ingin keluar ke pusat membeli belah terkemuka – Mid Valley, untuk mendapatkan novel yang telah ditunggu-tunggu selama ini. Novel yang ditunggu-tunggu itu sudah pun dibacanya tetapi cetakan dari negara Jiran. Novel yang dijual pada hari ini ialah novel yang sudah diterjemhakan kepada Bahasa Melayu daripada bahasa Indonesia. Novel itu bertajuk Kalimah Cinta. Awal-awal lagi sudah mengasingkan duit simpanannya semata-mata untuk membeli novel itu dan sangat berharap die dapat membeli novel itu.
Masa tidak dibuang begitu sahaja. Suzila mengumpulkan baju-baju yang perlu dibasuh dan memasukkannya raga. Kebiasaannya Suzila akan membasuh pakaiannya dengan menggunakan tangan tetapi tidak pada hari ini. Suzila ingin menyimpan tenaganya kerana banyak lagi barang lain yang perlu dikemaskan. Segala nota-nota dan buku-buku pelajarannya disusun rapi didalam kotak. Semua barang yang telah dimasukkan kedalam kotak disusun rapi didalam bilik kerana selepas ini Suzila akan memindahkan barang-barang tersebut ke stor yang berdekatan. “Sighh”, keluh Suzila penat. Dalam hati Suzila berkata “Nampaknya, hari nie ialah hari yang paling memenatkan buat aku”. Suzila duduk sebentar diatas kerusi dan mencari-cari sesuatu. Benda yang dicari sudah dijumpai dan barang itu ialah handphone kepunyaannya. Suzila melihat jam di skrin handphonenya dan terus terbangun lalu menjerit. Rupa-rupanya Suzila sudah terlambat untuk bersiap. Suzila sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk keluar pada pukul 10 pagi tetapi sekarang  sudah pukul 9.50 pagi. Tanpa berfikir panjang Suzila menggapai tualanya dan semua alat mandinya dan bergegas ke bilik mandi tanpa menyedari dirinya telah menghempas pintu biliknya. “Panggg!!!” .

* * * * *

Kkkkkkkkrrrrrrriiiiiinnnnggggg!!! Bunyi jam loceng Fairuz berdering. Kali ini bunyi jam locengnya tidak dapat menyedarkannnya dari dibuai mimpi indah. Sudah hampir 20 minit jam loceng Fairuz berbunyi namun Fairuz masih sedap dibuai mimpi. Tiba-tiba alarm handphone Fairuz berbunyi. Dan kali ini Fairuz terbangun dari tidur dan mendapati jam di skrin handphone menunjukkan pukul 10.15 pagi. Fairuz terus melompat dari katilnya dan menuju ke bilik air. Fairuz bercadang untuk keluar pada pukul 10 pagi tetapi die sudah terlewat 15 minit. Fairuz mahu keluar awal kerana takut buku yang mahu dibelinya habis dijual pada hari itu kerana Fairuz tahu ramai orang lain yang mahu membeli buku tersebut. Mendengar perbualan dari kawan sekampus dan sekelas dengannya mengenai novel Kalimah Cinta sudah cukup untuk mengetahui bahawa novel itu sudah menjadi kegilaan ramai.

Selesai sahaja mandi, Fairuz mengeringkan badannya dan mengenakan baju yang bersesuaiannya dengannya. Fairuz hanya mengambil masa kurang dari 10 minti untuk bersiap. Kemudian Fairuz terus keluar rumah dan menyarung kasut serta merta mengunci pintu. Pergerakan Fairuz pada hari itu agak tergesa-gesa sehingga die terlupa untuk mengunci pintu pagar dan terpaksa berpatah balik untuk menguncinya. Sejak dari bangun tidur lagi Fairuz sudah terkejar-kejar dan sekarang pula die terpaksa berlari supaya dirinya tidak ketinggalan bas. Sampai sahaja di perhentian bas, Fairuz mendapati bas yang menuju ke Mid Valley baru sahaja berlalu. Sekali lagi Fairuz terpaksa berlari untuk mengejar bas tersebut kerana untuk menunggu bas yang seterusnya memakan masa satu jam. Oleh sebab itu Fairuz bernekad untuk mengejar bas tersebut. Nasib Fairuz baik pada hari ini kerana pemandu bas itu dapat melihat Fairuz yang sedang berlari sambil melambai-lambai tangannya kearah bas menandakan die mahu menaiki bas tersebut. Pemandu bas tersebut memberhentikkan basnya. Fairuz yang sangat kepenatan menghulurkan duit kertas biru sebanyak dua keping kepada pemandu bas dan mengucapkan terima kasih kerana memberhentikan basnya. Fairuz terus mencari tempat duduk dan menjumpai satu tempat duduk yang masih kosong di penjuru bas tersebut. Fairuz merapati tempat duduk dan melabuhkan dirinya. Terasa bagai dirinya memasuki acara 400 meter sebentar tadi kerana berlari tanpa henti. Fairuz hanya berduduk diam sambil memerhati permandangan di luar bas dan mengambil kesempatan ini untuk merehatkan dirinya sebentar. Sebentar lagi mungkin dia akan berebut untuk mendapatkan novel tersebut jadi Fairuz perlu menyimpan sedikit tenaganya.

mid valley

Tiba sahaja bas di Mid Valley, Fairuz bergegas keluar dan terus berlari kearah kedai buku Popular. Kelihatan sudah ramai otang yang sudah berkumpul dikawasan itu. Kemungkinan semua orang yang berada di kawasan itu sedang menanti bile pihak Popular akan memulakan penjualan novel terbaru itu. Fairuz turut tidak ketinggalan dengan sama-sama menunggu bila dan ketikanya penjualan novel itu akan bermula. Penantian demi penantian. Terasa lama Fairuz menunggu menyebabkan dirinya terasa untuk pergi ke tandas namun perasaan itu ditahan buat sementara demi untuk membeli novel terbaru itu. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kemas dan rambutnya tersusun rapi mengumumkan penjualan novel terbaru itu sudah bermula dengan menggunakan pembesar suara. Habis saja pengumuman itu dibuat, orang ramai berpusu-pusu masuk kedalam kedai untuk membeli novel itu. Keadaan tiba-tiba menjadi sesak di dalam kedai popular itu. Fairuz juga turut tidak melepaskan peluang untuk membeli novel itu. Fairuz terpaksa berhimpit-himpit untuk mendapatkan buku itu. Dalam keadaan yang sangat sesak itu, Fairuz ternampak novel baru yang masih belum terusik lagi dan Fairuz bertindak pantas dengan menyambar buku itu. Tiba-tiba tangan Fairuz tersekat. Fairuz dapat merasakan buku itu turut telah disambar oleh orang lain. Fairuz menoleh dan…..

* * * * *

Suzila mandi dengan agak tergesa-gesa pagi itu. Handphone Suzila telah berbunyi menandakan ade orang yang menghubunginya. Suzila melihat di atas skrin handphone dan tertera nama sahabatnya, Hakimah. Serta merta Suzila menjawab panggilan itu dan meminta tempoh 5 minit untuk die bersiap. Nasib baik baju yang hendak dipakai untuk hari ini sudah disiapkan pada malam semalam. Suzila mengenakan pakaian tersebut dan make up ala kadar kerana muka Suzila tidak perlu di make up sudah nampak keayuannya. Semua kawan-kawannya sudah menunggunya di bawah hostelnya. Suzila melajukan langkahnya menuruni anak tangga kerana takut mereka akan terlewat untuk mendapatkan kenderaan awam. Sampai sahaja Suzila dibawah, terus mereka berkumpulan bergerak menuju ke perhentian bas. Nasib mereka amat baik pada hari itu kerana tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menaiki bas.

Bas yang dinaiki oleh mereka akan terus menuju ke Mid Valley. Jam menunjukkan 10.30 pagi. Hati Suzila berdegup kencang memikirkan samaada die sempat untuk sampai ke Mid Valley atau lebih tepat lagi Popular sebelum novel itu habis dijual. Suzila hanya dapat berdoa supaya die sempat untuk membeli novel terbaru itu. Tidak lama kemudian, mereka sudah tiba di Mid Valley. Suzila menjadi orang pertama turun dari bas dan melajukan pergerakkannya. Kawan-kawannya turut melajukan gerak geri mereka kerana mereka juga tidak mahu ketinggalan dari memiliki novel tersebut. Dari jauh Suzila dapat melihat orang ramai berpusu-pusu di kedai Popular itu. Tanpa perlu disuruh, Suzila membuka langkah untuk berlari ke arah kedai Popular itu. Disebabkan badan Suzila yang kecil itu telah memberinya kelebihan untuk meloloskan diri dihimpunan orang ramai itu. Mata Suzila liar mencari mana-mana novel terbaru yang masih belum diambil orang lain dan mata Suzila tepat memandang kearah sebuah buku dan ternyata buku itu ialah novel terbaru yang mahu dimilikinya. Tangan Suzila pantas mencapai novel tersebut dan tangan Suzila terhenti disitu. Suzila dapat merasakan ada orang lain yang turut telah dipegang oleh orang lain. Pantas Suzila menoleh dan…

* * * * *

popular

Dan rupa-rupanya mereka berdua saling mengenali. Sekali lagi kedua-dua mereka ditemukan ditempat pertama kali mereka bertemu. Akhirnya, persoalan siapakah mahasiswi yang dilanggar Fairuz terjawab. Begitu juga dengan Suzila. Persoalan yang sebelum ini pernah terfikir siapakah mahasiswa yang telah melanggarnya kini terjawab. Dalam sedar tak sedar, kesemua novel terbaru yang baru sahaja dijual sebentar tadi sudah habis dijual. Yang ada sekarang hanyalah dipegangan Fairuz dan Suzila. Novel yang bertajuk Kalimah Cinta telah menemukan mereka. Fairuz serta merta melepaskan pegangan novel itu dari tangannya dan hanya tersenyum. Fairuz meminta maaf dan kali ini Fairuz tidak hanya terdiam tetapi mula memperkenalkan dirinya dahulu. Begitu juga dengan Suzila yang turut memperkenalkan dirinya selepas Fairuz.

“Fairuz mahu membeli novel ini ke?,” tanya Suzila lembut.

Fairuz hanya menganggukkan kepala dan berkata “Tak apa la, Suzila ambil novel itu dahulu. Mungkin Fairuz dapat membeli novel itu ditempat lain.”.

Suzila hanya tersenyum dan berkata “Apa kata kite kongsi duit beli novel ni? Sebab mungkin di kedai lain novel nie dah habis gak.”

Fairuz bertanya “Tak ape ke kalau buat camtu?”

Suzila menjawab “Kenape pula tak boleh? Mesti la boleh, tapi Suzila nak baca dulu buku nie dan lepas Suzila habis baca novel nie, Suzila kasi la kat Fairuz pula. Boleh? “

Fairuz mengangguk kepalanya dan tersenyum “Baiklah, tapi jangan lama-lama sangat yer. Fairuz dah lame nak baca novel tue.”

Mereka berdua tersenyum dan bersama pergi kekaunter pembayaran. Perkenalan yang ditemukan dikedai buku. Pertemuan yang bagai sudah dirancang. Takdir yang telah menemukan mereka. Novel Kalimah Cinta menjadi permulaan perkenalan mereka. Tapi adakah pertemuan memberi seribu makan atau hanya pertemuan biasa sahaja?

To be continued….

heart

Review : 2012 Parasit

5 comments so far

  1. azim
    #1

    panjang lerrrrr…. aku ni dah r hiperaktif……… haha…..

    [Reply]

    shazclan Reply:

    panjang ea azim? huu…

    [Reply]

    azim Reply:

    panjang sket je… tp best tu.. aku je yang x suke membace….haha..

    kelemahan aku r tu… ish3….
    azim´s last blog ..fuyoo….. balik ganu…. My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehe…bace pelan2 sudeyh..

    x nk bace pown tak pe..

    [Reply]

  2. arieza
    #2

    wah… ingin menjadi penulis novel kah?
    arieza´s last blog ..::: >>> Papadom, The Movie of Love My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    tak de la…tulis saje2 jer pown…haha

    [Reply]

  3. beliamuda
    #3

    berkenalan jugak akhirnya.. hehe~
    beliamuda´s last blog ..(Gambar) Perodua MPV Alza My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    akhirnya…setelah sekian lama..haha

    [Reply]

  4. e
    #4

    wah laweeee..
    panjangnya
    nape ko x buat novel jek

    [Reply]

    shazclan Reply:

    adeh…tak de kudrat lagi ar nak wat novel…hehe..

    tunggu la satu masa nnti…

    [Reply]

  5. mek
    #5

    aku bace secara pukal. haha..
    baru dpt bace semua..
    haih..
    pjg gle..

    ok.cepat sambung lg.. hehe
    mek´s last blog ..Mari Buat Muffin pulak dgn gua…sedap oh! My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehehe…sabo2…

    akan diupdate dalam masa terdekat..hoho

    [Reply]

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>