Dokor Cinta


Kisah Suka Duka (Part 4)

campus

Keesokan harinya, Fairuz bergegas awal kekampus untuk menghadiri kelas gantinya. Pada hari itu, Fairuz dapat merasakan kesibukan yang terlampau kerana Fairuz perlu menghadiri beberapa kelas di faklulti yang berbeza-beza. Peperiksaan juga semakin hampir dan Fairuz lebih banyak meluangkan masanya untuk bersendiri mengulangkaji pelajaran.

Fairuz berhenti sebentar di kafe berdekatan dengan fakultinya. Fairuz membeli sepinggan nasi putih bersama lauk ikan goreng dan sedikit sayur. Fairuz makan dengan penuh tertib dan adab sopan. Apabila makan sudah habis dijamah, Fairuz melangkahkan kaki ke surau di bangunan fakultinya untuk menunaikan solat Zuhur. Tanpa melihat kanan dan kiri, Fairuz terus bangun dan “PANG!!!”. Kendengaran bunyi pinggan jatuh dan pecah. Fairuz terkaku sebentar tanpa kata dan sedikit menyesal. Kemudian Fairuz memandang orang yang baru sahaja yang dilanggarnya. Seorang mahasiswi yang kecil molek menunjukkan ekspresi muka yang sangat sedih. Terus Fairuz meminta maaf dan membersihkan makanan yang berada di atas lantai. Mahasisiwi tadi turut mengikut apa yang Fairuz lakukan. Orang ramai di sekeliling hanya memerhatikan apa yang Fairuz dan mahasiswi itu lakukan, Nampaknya makanan yang telah jatuh itu tidak dapat dimakan lagi. Fairuz memohon maaf sekali lagi kepada mahasiswi itu dan menghulurkan duit bernilai RM 10 untuk membeli makanan lain. Mahasisiwi tadi menolak tetapi Fairuz berkeras untuk memulangkan kembali duit itu. Gelagat mahasiswi yang turut berkeras tidak mahu menerima duit dari Fairuz membuatkan keadaan menjadi sedikit tegang. Fairuz terlihat ‘purse’ yang dipegang oleh mahasisiwi itu dan terus mengambil dari tangan mahasiswi itu. Mahasiswi itu terdiam seketika. Dengan pantas Fairuz memasukkan duit itu ke dalam ‘purse’ mahasiswi itu dan segera memulangkannya kepada mahasisiwi. Mahasiswi itu masih lagi tergamam dengan perlakuan Fairuz. Fairuz terus beredar dari kafe itu dengan langkah yang laju.Kelasnya akan bermula dalam masa 15 minit lagi. Fairuz perlu bergegas ke surau dan terus ke kelas. Dalam perjalanannya ke surau, muka mahasisiwi itu kembali menerjah kedalam fikirannya. Fairuz merasakan yang mereka pernah bertemu di suatu tempat tetapi Fairuz tidak dapat mengingatinya. Persoalan sipakah mahasiswi itu dibiarkan tanpa jawapan.

Suzila seakan tidak percaya apa yang baru sahaja terjadi kepadanya. Seorang lelaki yang tidak kenalinya menjatuhkan makanan dan bertindak membayar kembali ganti rugi dengan cara yang tidak disangka. Dalam hati Suzila, sungguh berani mahasiswa tadi. Mahasiswa tadi pergi tanpa sempat untuk Suzila mengucapkan terima kasih. Suzila sempat untuk melihat muka mahasiswa tadi. Ternyata mahasiswa tadi ingin bergegas ke sesuatu tempat. Mungkin sudah terlewat untuk kelas yang seterusnya. Suzila baru sahaja habis kuliahnya untuk hari ini. Dari awal pagi lagi Suzila sudah berada di dewan kuliah sehingga la tengahhari ini. Perutnya sudah berkali berbunyi menandakan dirinya sangat-sangat lapar. Terpaksa la Suzila kembali semula bertatur untuk membeli makanan yang lain. Nasib Suzila sangat baik kerana die tidak perlu beratur untuk masa yang lama untuk membeli makanan. Suzila terus menuju ke meja di mana tempat kawan-kawannnya turut berada.

Fairuz tiba di surau dan terus mengambil air wudu’. Fairuz mendapati ada jemaah di dalam surau yang sedang menunaikan solat zuhur. Fairuz mengikuti jemaah dan cuba untuk menkhusyukkan dirinya berhadapan dengan penciptanya. Selesai solat, Fairuz menadah tangan memanjatkan doa supaya sentiasa dibawah limpahan rahmatnya. Terus Fairuz gegas bersiap untuk ke kelas seterusnya. Lewat petang barulah Fairuz habis kesemua kelasnya.

bus stop

Keletihan yang tidak terhingga dapat dirasakan oleh Fairuz. Fairuz melangkahkan kaki ke pondok bas berdekatan untuk pulang ke rumah dan berehat. Tiba-tiba Fairuz teringat kembali mahasiswa yang dilanggarnya tengahhari tadi dan Fairuz tergelak sendirian. Fairuz sendiri tidak menyangka bahawa die boleh bertindak sebegitu berani untuk memberikan wang ganti rugi kepada mahasiswi tadi. Kehadiran bas membuatkan ingatan kepada mahasiswi tadi hilang begitu sahaja. Fairuz segera melabuhkan dirinya di tempat kosong yang berhampiran. Terasa dirinya tidak larat untuk melakukan apa-apa pekerjaann pown sekarang. Kurang dari setengah jam, Fairuz sudah tiba ke destinasinya. Fairuz melangkahkan kaki dengan perlahan dan tidak lama kemudian dia sudah tiba di hadapan rumah. Pintu pagar dibuka dan ditutup kembali. Fairuz memeriksa peti surat dan terdapat beberapa keping surat yang tertera namanya. Kunci pintu rumah dibuka. Fairuz masuk kedalam rumah dan terus melompat diatas sofa ruang tamunya. Terasa nikmat yang tak dapat dibayangkan setelah penat seharian akhirnya dapat merehatkan diri. Fairuz bangun semula untuk mengunci pintu kerana takut die akan terlelap jika terus baring diatas sofa itu. Sekali lagi Fairuz melompat keatas sofa dan dalam beberapa minit sahaja Fairuz sudah terlena.

Selesai sahaja Suzila makan bersama-sama dengan rakan-rakannya, Suzila bergegas menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat zuhur. Dan selepas itu Suzila mahu pergi ke perpustakaan untuk menelaah kembali apa yang telah dipelajarinya tadi. Begitulah sifat Suzila yang tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Jika ada sahaja apa yang tidak faham olehnya, terus die bertanya kepada pensyarahnya. Kawan-kawannya yang lain terus pulang keasrama dan kebiasaannya Suzila akan berada di perpustakaan sehingga lewat petang. Suzila lebih selesa belajar di perpustakaan berbanding di biliknya sendiri kerana die dapat memberi fokus yang lebih kepada apa yang ditelaahnya.

lib

Jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang. Suzila bergegas mengemas barang untuk pulang kembali keasrama tempat kediamannya sewaktu belakar di kampus tersebut. Dari perpustakaan, Suzila pergi ke pondok bas untuk menunggu bas yang akan menuju ke asramanya. Tidak sampai 15 minit bas sudah sampai. Perjalanan dari perpustakaan ke asramanya hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Sampai sahaja Suzila di asramanya, Suzila tidak terus menuju ke biliknya sebaliknya pergi ke kafe berdekatan untuk membeli makanan. Oleh kerana bilik Suzila jauh dari kafe, Suzila terpaksa membeli makanan awal kerana die malas untuk bergerak kembali ke kafe. Semasa Suzila hendak membayar makanan yang telah dibelinya, die teringat akan wang baki yang hasil dari pemberian mahasiswa yang tidak diketahui namanya. Tiba-tiba teringat riak wajah mahasiswa yang sangat tergesa-gesa itu. Didalam hati Suzila ada terdetik bertanyekan siapakah gerangan mahasiswa tersebut. Persoalan itu hanya dibiarkan disitu sahaja.

To be continued…

Tags:

2 Responses to “Kisah Suka Duka (Part 4)”

  1. beliamuda 22. Nov, 2009 at 7:53 am #

    pertembungan yang tak disangka… huhu..
    beliamuda´s last blog ..Inspirasi Malam My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    yeah…memang bende yang tak dijangka…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled