Kisah Suka Duka (Part 3)

bird

Persoalan yang masih belum terjawab, mengapakah Fairuz boleh berubah sebegitu sekali? Sekarang persoalan itu akan terjawab. Fairuz berubah bukan sebab cinta, bukan sebab harta tetapi sebab hati Fairuz telah tersentuh pabila mendengar sesi ceramah yang dihadiri oleh Fairuz. Ceramah itu berkisar tentang ketua dalam sebuah keluarga dan banyak berkisar tentang tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Fairuz berniat dalam hatinya untuk menjadi seorang yang berguna lebih-lebih lagi sebagai seorang suami dan bapa.

Semenjak daripada itu, personaliti Fairuz yang pendiam terus berubah menjadi seorang yang peramah. Fairuz ingin mengubah dirinya lebih-lebih lagi sifatnya yang agak pemalu dan pendiam. Sejak dari itu juga la Fairuz lebih dikenali oleh pelajar-pelajar di IPTA tempat di mana Fairuz belajar. Sebut saja nama Fairuz pasti ade saje orang yang mengenalinya. Dan perubahan Fairuz itu juga telah menarik ramai pelajar wanita untuk menjadi teman wanitanya. Namun hingga sekarang, Fairuz masih bersendirian dengan kehidupannya sebagai seorang pelajar.

Jauh didalam sudut hati Fairuz ingin mempunyai seorang teman. Teman untuk die meluahkan perasaan. Teman di waktu suka dan duka. Teman untuk sepanjang hidupnya. Namun teman sebegitu masih lagi belum dijumpai. Kadang-kadang timbul rasa iri hati pada rakan-rakannya yang mempunyai teman wanita. Ingin juga Fairuz merasa gembiranya pabila mempunyai teman. Perasaan itu Fairuz tinggalkan begitu saja kerana Fairuz tahu, kalau ada jodoh, tak kan ke mana.

Pada hujung minggu, Fairuz keluar berjalan-jalan untuk menghilangkan bosan duduk berseorangan di rumah. Kaki melangkah keluar tapi hala tujuan masih belum ada. Fairuz melangkahkan kaki sampai la ke bus stop dan telah mengambil keputusan untuk pergi ke Mid Valley. Mid Valley la tempat Fairuz selalu menghilangkan bosan. Kadang-kadang Fairuz pergi ke Mid Valley untuk mencari barang dapur dan kadang-kadang saja ingin melihat ragam manusia. Bas menghampiri perhentian bas dan Fairuz mengeluarkan 2 keping duit bernilai RM 1 dan di hulurkan kepada attenden bas. Bas mulai bergerak semula dan berhenti di beberapa perhentia bas sehinggalah sampai ke Mid Valley.

Kaki masih terus melangkah tanpa arah tujuan. ATM Maybank menjadi destinasi pertama untuk Fairuz. Kemudian perjalanan masih diteruskan. Kelihatan ramai orang yang sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang bergegas menuju ke sesuatu destinasi. Ada yang hanya melepakkan diri. Ada yang khusyuk bekerja. Tanpa disedari, kaki Fairuz sudah tiba di depan popular. Tiba-tiba Fairuz teringat yang baru-baru ini ada keluaran novel baru. Terus Fairuz melangkah masuk ke dalam kedai popular untuk melihat novel itu. Fairuz juga gemar untuk membaca novel. Lebih-lebih lagi novel yang berkaitan dengan kehidupan remaja.

bookstore

Dari jauh Fairuz telah nampak novel itu dan bergegas untuk melihat novel tersebut dengan lebih dekat lagi. Taktala tangan menghulur untuk mengambil tersebut, Fairuz tidak perasan ada tangan lain juga yang ingin mengambil novel itu dan kedua-dua tangan bersentuhan. Fairuz dengan cepat menarik balik tangannya dan memohon maaf kepada empunya tangan itu. Tangan itu milik seorang gadis yang sopan gayanya. Ala-ala perempuan melayu terakhir yang jarang dijumpai pada masa sekarang. Fairuz mempelawa gadis itu untuk melihat novel itu dahulu dan Fairuz memberikan senyuman kepada gadis itu. Terus Fairuz mengundurkan diri dari tempat itu. Gadis itu tidak sempat berkata apa-apa. Masa seakan berlalu dengan begitu pantas sekali.

Tiba-tiba rasa bosan yang menyelebungi diri Fairuz kini bertukar kepada rasa ingin tahu. Ingin tahu siapa nama gadis itu. Ingin tahu segala-galanya tentang gadis itu. Terdetik di hati Fairuz bertanya adakah si gadis itu jodohnya? Hati Fairuz sangat berdebar-debar ketika melihat gadis itu. Itulah kali pertama Fairuz merasakan sedemikian. Tanpa membuang masa Fairuz berlari semula ke kedai popular untuk mencari gadis itu. Tapi malangnya, gadis yang dicari sudah tiada lagi di kedai itu. Fairuz terus keluar dari Popular dan melihat di sekeliling dengan harapan gadis itu masih lagi ada di sekitar kawasan itu. Hampa. Itulah perasaan yang dialami Fairuz sekarang. Fairuz terus berjalan-jalan di dalam Mid Valley dengan sedikit harapan bahawan dia akan berjumpa dengan gadis di kedai popular tadi. Nasib tidak menyebelahi Fairuz. Mungkin si gadis itu terus pulang selepas pergi ke Mid Valley.

Fairuz duduk berehat sebentar kerana sudah penat berjalan. Tidak lama selepas itu Fairuz mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah. Fairuz pulang dengan bermacam-macam perasaan. Hampa, sedih dan macam-macam lagi perasaan berbaur di dalam hatinya. Sampai di rumah, Fairuz terus membaringkan dirinya di atas sofa mengenangkan nasibnya sebentar tadi. Jam menunjukkan 9 malam. Fairuz bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan ingin tidur awal kerana besok Fairuz terpaksa menghadiri kelas ganti seawal 8 pagi. Keesokan harinya~~

Cerita akan bersambung di Part 4. Jeng…jeng…jeng…Keesokan harinya ade ape ea? Ada sape-sape nak teka? Ngehehe. Nantikan di Part 4 yang akan datang. ^_^

Blog aku pulih! Kisah Suka Duka (Part 4)

2 comments so far

  1. teh
    #1

    huhuhu
    tak sempat nak baca cte2 sebelum ni
    nanti aku marathon ea
    baca sume part sekali gus
    btw…tak sangka ko bulih menulis sebegini panjang
    jarang ada lelaki macam ni
    i like!
    haha

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hahaha…

    menulis jer pown…wakaka..

    [Reply]

  2. elly ellyza
    #2

    gler byk masa ko memikirkan idea untuk menulis disaat minggu2 genting nih

    [Reply]

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>