Hahaha. Macam-macam resporn ak dapat dari Part 1. Rilek-rilek, cerita baru jer bermula. Jauh lagi nak abis nie. Hehehe. Harap bersabo ea.
Cerita bersambung kembali~~
Ape yang menyebabkan Fairuz berubah? Kite tinggalkan watak Fairuz untuk seketika. Mari kite beralih kepada watak lain plak. Watak yang di maksudkan ialah seorang gadis desa yang bernama Suzila. Suzila juge merupakan seorang pelajar yang menuntu di IPTA yang sama dengan Fairuz. Tetapi Suzila dan Fairuz masih tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Kemungkinan masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

Suzila merupakan gadis kecik dan molek. Kawan-kawannya selalu mengatakan die comel. Ramai lelaki yang tertarik dengan Suzila. Ada yang sampai kacau Suzila tiap-tiap hari semata-mata nak dapatkan no telefon die sahaja. Suzila juge merupakan seorang anak yang baik dan manja. Die selalu menolong kedua ibu-bapanya pabila tiba cuti semester. Bagi Suzila, cuti semester la yang paling ditunggu-tunggu kerana masa itu saja lah die berpeluang untuk menghabiskan masa dengan keluarganya.
Keluarga Suzila tidak berapa berada. Namun kehidupan mereka sekeluarga amat bahagia sekali. Walaupun kehidupan mereka tidak berapa senang, namun kehidupan masih dapat dijalankan seperti biasa. Keluarga Suzila mengharapkannya kerana itulah satu-satu ahli keluarga mereka yang dapat memasuki IPTA.
Impian dan cita-cita Suzila selama ini ialah untuk memasuki IPTA dan belajar bersungguh-sungguh. Suzila ingin membalas jasa kedua ibu bapanya yang selama ini telah banyak berkorban segala-galanya hanya untuk memastikan Suzila dapat memasuki IPTA. Itulah impian Suzila sejak die berada di bangku sekolah lagi.
Di IPTA, Suzila terpaksa berjimat cermat dengan perbelanjaannya. Kos hidup di IPTA sekarang amat lah tinggi. Duit yang dapat dari biasiswa harus digunakan dengan sebaik mungkin agar perbelanjaannya cukup untuk satu semester. Suzila tidak mahu menyusahkan ibu bapanya kerana die sendiri tahu ibu bapa nya susah di kampung halaman.
Hobi Suzila pulak adalah membaca novel. Banyak novel yang telah dikumpul oleh Suzila. Suzila memang suke membaca sejak kecil lagi. Boleh dikatakan bilik Suzila hanya dipenuhi dengan buku sahaja. Tak kira la samaada novel kesayangannya atau buku rujukan yang melambak. Semuanya di baca. Kalau lah di beri rak untk meletakkan kesemua buku-bukunya, pasti ada sedikit buku yang tidak dapat mendapat tempat. Begitu sayangnya Suzila dengan buku.
Hari minggu telah tiba. Pada kebiasannya, Suzila akan keluar bersama dengan kawan-kawan perempuannya ke pusat membeli belah. Namun jarang sekali Suzila keluar pada tiap-tiap minggu. Kebiasaannya, Suzila akan keluar sekali dalam dua minggu. Kali ini tidak ramai kawan-kawannya yang dapat keluar bersama kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

Keluar la Suzila dan 3 lagi orang kawannya ke tempat yang ingin di tuju. Mid Valley menjadi tempat yang selalu di tuju. Mungkin kerana banyak kenderaan awam seperti bas, teksi dan juge KTM yang menuju ke Mid Valley membuatkan mereka senang sekali pergi ke sana.
Sampai sahaja di sana. Mereka akan makan dahulu sebelum pergi ke tempat-tempat yang dihajati. Selesai makan, mereka terus melangkahkan kaki mereka ke Popular untuk mencari alat-alat tulis dan juge barang-barang keperluan lain. Suzila tidak ada apa yang mahu beli di situ. Suzila hanya menunggu kawan-kawannya memilih barang. Suzila melangkahkan kaki ke bahagian novel. Terus die membelek novel-novel baru untuk di jadikan bacaan. Sedang Suzila membelek novel-novel yang berada disitu, die terpandang sebuah novel yang menjadi kegemaran ramai pada masa itu dan bergegas Suzila melangkahkan untuk mendapat novel itu. Tangan di hulur untuk mencapai novel itu dan taktala Suzila menyentuh novel itu, ada tangan lain yang turut mencapai novel itu. Suzila laju menarik tangannya kembali begitu juge tangan tersentuh tangannya tadi.
Suzila tidak dapat melihat wajah tangan yang tersentuh tangannya tadi kerana orangnya begitu tinggi. Suzila mendongak dan terlihat seorang lelaki yang begitu kemas gayanya. Pantas lelaki itu memohon maaf darinya dan mempelawa Suzila untuk melihat novel itu dahulu. Lelaki itu tersenyum dan terus berlalu pergi dari situ. Suzila tidak sempat untuk meminta maaf kembali dan lelaki itu terus hilang dari pandangannya.
Siapakah lelaki itu? Terdetik seketika di dalam hati Suzila untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki tersebut. Persoalan hanya tinggal persoalan. Suzila terus mencapai novel yang ingin dilihatnya tadi.
- Tamat untuk Part 2 -
** Siapakah lelaki yang tersentuh tangan Suzila tadi? Cinta pertamanya kah? Mungkin Fairuz kah? Atau orang lain yang tidak pernah anda terfikir? Nantikan dalam ‘part’ yang akan datang. Hehehe.
P/S : Mohon maad kepada pembaca-pembaca yang ternanti-nanti untuk membaca Part 2. Masalah gangguan sumber Internet amatlah merunsingkan buat masa ini. Sorry lambat sket ea. ^^







uii… dah bersambung!
[Reply]
shazclan Reply:
October 20th, 2009 at 1:18 pm
hahah…udah…tapi tak dpt nak gtaw orang len…tenet tak de..
nie pown korban duit kat cc..hehe
[Reply]
lerr..
sian2..
len kali p lab2 com.. free..
haha..
[Reply]
shazclan Reply:
October 21st, 2009 at 10:31 am
huhuhu…malaih nye la hai nak lepak2 kat lab tue…
[Reply]