Pejam celik, pejam celik, aku sudah semakin tua. Macam baru semalam jer aku masuk darjah satu, sekrang dah belajar kat universiti pown. Bila makin tua, tanggungjawab pown makin banyak. Bukan pada diri sendiri jer, tapi pasal kehidupan kite. Macam-macam halangan, cubaan serta godaan yang sentiasa mengganggu kehidupan kita. Orang kata kalau tak ada halangan, tak mencabar la. Haha…betul tue. Dari semua bende tue la kita dapat pengalaman dan pengajaran. Dari kehidupan seharian kita juga la yang menyebabkan kita semakin dewasa dan semakin berpengalaman. Hoho..apa aku melalut nie..
Berbalik kepada al-kisah kehidupan di UIA semester pertama. Part nie ada sedeyh sket la. Hari daftar masuk UIA gombak kalau tak silap aku 16 Disember 2008. Tapi aku datang awal sikit. Sebabnya parents aku tak dapat nak hantar aku. So, aku datang hari Sabtu rasenye dan aku lepak-lepak kat PJ dulu. Jumpe insan tersayang dulu. Ngehehe…Dah puas lepak kat PJ, member aku datang amik aku bawak pergi rumah die. Sebelum ni aku dah mintak tolong die nak daftar sekali kat Gombak nanti dan die cakap no hal jer. Nama member aku ni Ahmad Fawwaz student engineering dan juga member aku kat sekolah lame jugak. Terima kasih ea sahabatku. Tapi malam tue jugak la buat aku sangat sedih tapi aku still relak dan cool. Haha
Untuk pengetahuan korunk semua. Bapak mmbr aku nie baru balik dari Pahang. Jauh tue, dari Pahang nak ke Gombak. Bapak die ade kate camnie kat anak die, “Busy camne pown bapak, bapak tetap akan luangkan mase untuk anak bapak nak daftar besok”. Bile aku terdengar kate-kate dari bapak die nie, hati aku sedih sangat. Nasib baik tak meleleh air mata aku nie, kalau tak malu aku ngan diorunk. Tapi tak pe, aku paham keadaan parents aku camne. Mama, ayah..I love you so much.
Besok pagi lagi aku dah bersiap nak pergi UIA Gombak. Satu perasaan yang tidak sabar lagi berdebar-debar membelengu aku. Aku terima sms dari mmbr aku menyatakan ramai yang sudah sampai ke UIA. Tapi member aku nie relak jer. Aku rase cam dah lambat. Haha..tak per la..ikut jer. Alhamdulillah, pagi tue aku dapat breakfast free, bapak member aku belanja. Hehe.
Tiba saja di pintu gerbang UIA Gombak, aku dapat lihat tangga utama atau main staircase UIA. Terasa sedikit amat kagum tapi hanya buat sementara. Aku ditempatkan di mahallah Bilal. Manakala member aku nie mahallah Siddiq. Sudah menjadi kebiasaan bapak aku akan menghantar anaknya dahulu kemudian baru menghantar aku. Haha. Tiba di mahallah bilal terus aku mencari mahallah office dan me’register’kan diri aku di situ. Aku dapat bilik no B4.5 bermaksud, blok B, tingkat 4, bilik no 5. Huhu. Dah settle semua. Aku pegi la bilik aku, sekali ade foreigner plak kat dalam bilk tue.
Di sebabkan aku tak nak sebilik ngan foreigner tue, aku pown patah balik ke mahallah office nak apply tuka bilik tapi di tolak mentak2 kerana bilik dah tak ade.So aku terima la seadenye. Dalam bilik tue ade 4 compartment. A,B,C dan D. Pada asalnya aku dapat C dan aku dapati ade orang menetap kat tempat aku tue. Aku panas ar. Tup..tup..ade foreigner berkulit hitam keluar dari compartment B. Tinggi, lebih tinggi dari aku, sekali pandang aku tengok die, die aktif bersukan dan ternyata aku btol selepas aku mencuri pandang ke compartment die dan dapati ade banyak pingat kat situ. So aku cakap la ngan die yang aku nak duduk kat compartment C tue kan dan suruh die kejut orang yang tengah sedap duk tido dalam tue. Die pown cakap No…no..no..Aku makin panas. Ape no..no..no…aku dah penat bawak barang aku ko cakap no plak ngan aku. Pastu die suruh aku duduk kat compartment A. Ya Allah, busuk plus kotor, berabuk, penuh dengan pakaian ntah spe2 ntah. Aku pown terus bergegas ke mahallah office dan cakap ngan orang berkenaan kat situ yang foreigner nie tak bagi masuk compartment aku.
Rombongan yang disertai seorang staff dan dua orang student mengiringi aku ke bilik B4.5. Sampai-sampai kat sane, orang yang kat compartment C tue dah tak ade tapi locker berkunci plak. Yang foreigner gelap nie plak bermati-matian cakap tak bley masuk situ. Dah bertengkar plak ngan staff kat situ dan menjeling aku. Aku wat muke selambe aku ar tapi agak kecut di situ selepas die bagi warning kat aku. Alahai…hari first aku dah nak gaduh. Apa kes…huhuhu..Tapi sume tue kejap jer lepas ade Luqman yang menjadi penghuni dalam bilik tue gak. Die yang menteteramkan foreigner tue. Terima Kasih Luqman.
pstt: dah bnyk ar aku tulis…korunk nak bace lagi ker??
Hari diteruskan dengan aktiviti seterusnya. Berkumpul kat mane aku pown dah tak ingat. Main audi rasenye. Haha.

Kebanyakan mase semase Taaruf Week dihabiskan di Main Audi dan Masjid UIA nie. Dalam 3 atau 4 hari kot kitorunk terpakse mengikuti aktiviti yang tak seberapa aku suke nie. Tapi ikut jer la. Malas nak carik masalah.
Hari-hari lain di UIA di hadapai dengan penuh keceriaan dan kadang kala rasa tak puas hati. Untuk menjadi kan citer nie lebih seronok, aku nak cite tentang perkara-perkara yang kitorunk agak tak berape suke kat UIA nie. Haha….
Firstly pasal UNGS 2030. Bukan pasal mata pelajaran die ea. Pasal lecturer die. Mule-mule masuk kelas UNGS nie, dapat lecturer yang agak keras dan tegas. Tak boleh lewat masuk seminit terus die kunci pintu bilik. Kitorunk pown ape lagi, amik langkah selamat, tuka group. Huhu..alhamdulillah group yang kite tuka nie memang dapat lecturer yang sempoi abis. Mase 50 minit dalam kelas tue terase pendek jer. Tapi gembira hanya buat sementara. Lecturer yang disangkakan akan mengajar kitorunk sampai abis sem telah di tukar kepada lecturer lain. Time tue mmg sume agak tidak puas hati, tapi lama kelamaan kitorunk bley terima beliau sebagai lecturer kitorunk.
Bende yang tak best lagi pasal fardhu ain. Bukan sebab aku tak suke kelas nie tapi di sebabkan kelas nie die buat hari sabtu. Hari orang nak berehat. Nak keluar sume. Nak study. Tue la paling aku tak suke. Lepas tue kelas die dua jam plak. Adoiyai…memang terase amat sangat lame. Huh.
Nie lagi satu bende sedeyh. Klas tertentu. Kadang-kadang aku rase cam tak belajar ape2 masuk klas trtentu. Mungkin ade salah dan silap aku somewhere. Terima jer la..
Satu berita yang amat sedeyh. Permergian lecturer kesayangan aku. Semoga roh nya ditempat bersama orang-orang beriman.
Aku rase tue jer la bende yang buat aku tak berape selesa kat UIA nie. Yang lain sume ok jer. Huhu…Nak cite pasal bende gembira ke tak nak ea??? Hihihi…tak payah la ea…ak letak gambar sudah la..hohoh






Begitulah kisah satu semester aku di UIA gombak. Penuh suka dan duka. Alhamdulillah. Sudah habis satu semester. Bersiap sedia untuk short sem pulak.
p/s : aku rase post yang akan datang agak menarik la..bagi aku tapi tak taw buat orang lain…ngehehe








Salam.
Agak menarik ko bergaduh lak ngan foreigner kt bilik ko.Hahaha..Dah la first day dtng kt UIA gombak..
Mmg mencabar ,hari petama ko dia gombak..Haha,tahniah3,anda berjaya mengharunginya..huahuahuah..
Ko begaduh ngan Pak Arab 2 ke?? Dia x mcm ahli sukan pn..hehe2
(^_^)v
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 1:22 pm
bkn die la zaim..ader lagi sorang mamat foreigner…die dah p perancis…
[Reply]
moto saper tue..???
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 1:23 pm
motor ekau la…motor spe lagi…
[Reply]
tahniah2..kerana tlh melepasi sem stu ini dgn jayanya…hahah
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 1:23 pm
huhuhu….trimas yer…
[Reply]
x sabar nak tunggu post seterusnye.. hihihi..
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 3:30 pm
sabo ea…sabo itu separuh dairpada iman….hehehe
[Reply]
wahhhhhhhh!!!!!!cm bez je study kt sne….tringin lax..huhu
[Reply]