Fuhh. Malasnya rasa nak kemas kini blog. Begitulah kebiasaannya seseorang blogger akan berfikir bile nak kemas kini blog sendiri. Tak tipu. Aku pown same jer. Malas dah la satu hal, internet plak slow kan. Memang mood nak kemas kini blog tue memang tak de la. Di tambah plak tak taw nak buat tajuk apa membuatkan bertambah sunyi la sesebuah blog itu contohnya seperti blog aku ini. Haha. Aku dah jarang sangat kemas kini blog sekarang nie. Hahaha. Mungkin minat aku terhadap blog nie sudah semakin pudar? Hahaha. Tapi tak semua blogger camtu. Ada jer yang konsisten mengemaskini blog sampai lewat pagi walaupun dengan internet yang slow. Aku bagi tabik spring kat diorunk la. Bukan senang sebenarnya nak konsisten dalam berblog melainkan kerja korunk adalah mengupdate blog. Haha.
Apa agaknya yang seseorang blogger fikir pasal blog die agaknya ea? Jom kite senaraikan. Yeah!
Pertama – Mengemaskini Blog
Perkara nie la paling malas sekali seseorang blogger nak lakukan. Selalu jer ade idea di minda tetapi sukar untuk diluahkan disebabkan ade virus malas didalam diri. Kadang-kadang sampai berbulan tak kemas kini blog. Sunyi dan sepi saja blog tanpa ada entri baru. Tapi bukan tue jer yang menyebabkan blog tue sepi dan sunyi, ketandusan idea pown boleh mnyebabkan blog anda sepi. Untuk menangani masalah nie, banyak-banyakkan la baca surat khabar. Dengan cara nie, mungkin anda akan terfikir idea baru dan sekali gus buat entri baru untuk blog anda. Untuk penyakit malas, tue memang terpulang pada diri sendiri la. Kalau la ada penawarnya, dah lame aku berkongsi dengan semua orang.
Kedua – Menghiasi Blog
Menghiasi blog merupakan bende yang selalu diambil kira oleh blogger. Paling kurang pown dalam setiap blog mesti ade ruangan komen atau pown chat box untuk memudahkan interaksi atau komunikasi sesame blogger. Bukan setakat tue jer. Ade banyak lagi plugin yang blogger slalu gune sebagai contoh penggunaan Yahoo Messenger status, jam atau kalendar, gambar dan lain-lain lagi. Template juga adalah salah satu bende yang membuatkan seseorang blogger pening. Pening sebab ape? Pening sebab terlalu banyak template yang cun melecun dalam internet. Kadang-kadang tue sampai berjam-jam duduk depan komputer semata-mata untuk mencari template yang sesuai dan menarik. Ada jugak yang sekadar memilih template yang mudah dan kemudian meng’edit’ template yang sedia ada dengan kepakaran yang ade. Bile la agaknya ak nak ade kepakaran tue ea?

Ketiga – Meningkat Traffic
Traffic ooo traffic. Bukan traffic jam kat jalan raya ea. Traffic kat sini bermaksud populariti blog anda dikalangan blogger-blogger lain dan juga pengguna internet yang tegar. Bagi seorang pengguna blogger yang tegar, traffic adalah perkara paling penting baginya. Begitu juga kepada sesiapa yang menjadikan blog sebagai tempat untuk menjana keuntungan, traffic yang tinggi sangat memainkan peranan penting. Kesimpulannya, semakin tinggi traffic blog anda, semakin popular la blog anda. Bile la agaknya traffic blog aku nak tinggi ea?

Keempat – Menjana Pendapatan
Duit!!! Sape tak nak duit oi. Dengan berblog pown kite boleh dapat duit taw. Tak tahu ke? Sebenarnya sangat-sangat boleh dan kadangkala memang lumayan tapi mesti ade kerja yang keras la. Tapi camne nak dapat duit yang banyak tue? Firstly kene la ade blog anda sendiri. Secondly kene rajin mengupdate dan blogwalking orang lain. Blogwalking tue ape yer? Blogwalking nie ialah melawat blog-blog lain seberapa banyak yang boleh. Thirdly, tingkatkan traffic blog anda. Kalau dah ade tiga-tiga nie, insyaAllah anda akan dapat pulangan. Tapi kene tengokla seberapa rajinnya anda. Bile la agaknya aku nak rajin mengupdate blog nie ea? Sedih2.
Haaa…Sebenarnya banyak jer lagi yang blogger pikir pasal blog diorunk. Tapi untuk aku nie jer walaupun ade lagi bende-bende lain aku nak letak dan pikir untuk blog aku, tapi nie la paling penting kot. Hahaha. So, kepada blogger lain yang ada info-info lain pasal blog sendiri, bley la dikongsi bersama. Sharing is caring kan? Hahhaa.







u lupa satu lg yg pnting gak la ni hahaha.. mengayat & mengorat awek :p
arieza´s last blog ..::: >>> Pergi by Aizat.. Poodah???
[Reply]
shazclan Reply:
January 11th, 2010 at 9:53 am
hahhaa….tue belakang kire..heheh
[Reply]
(tuan blog)2,
stakat nih cmne ngn nuffang anda?
(sekadar ingin tahu..)
Pisyek´s last blog ..Nama domain
[Reply]
shazclan Reply:
January 20th, 2010 at 10:26 am
hurm..sket jer pown…tak aktif sangat nak berblog walking nie..haha
[Reply]