Karma. Apa yang boleh kita faham tentang karma? Secara umumnya, karma ini boleh didefinasikan ; apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kebaikan itu akan datang semula kepada kita, dan apabila kita melakukan sesuatu keburukan, keburukan itu akan turut kembali kepada kita. Itu secara umumnya. Nak senang kata, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat? Tapi bolehkah kita mempercayai karma? Itu persoalannya.
Baiklah, kita tinggalkan dulu persoalan karma dan kita kupas topik yang berkaitan dengan karma. Sebagai orang Islam, Allah akan menjanjikan setiap yang kita lakukan dengan balasan. Samaada balasan baik mahupun azabNya. Tapi, ada sesetengah orang sudah melakukan semua perbuatan yang baik. Sedekah dan amal jariah tak putus-putus tapi dirinya selalu saja tidak bernasib baik. Hidupnya sentiasa dalam kemiskinan dan kepayahan sedangkan amal kebajikan tulus dan ikhlas. Manakah balasan baik itu? Hal ini jangan disalah sangka pula yer. Allah maha mengetahui segala ciptaanNya. Sebagai umat Islam, kita kenelah berfikir, balasan Allah bukan didunia sahaja malah diakhirat juga ada balasannya dan ia termasuk untuk semua umat manusia, tidak ada yang terkecuali. Dan begitu juga sebaliknya.
Sekarang, berbalik kepada karma. Adakah konsep yang saya tulis diatas ini sama dengan konsep karma. Pada pendapat saya, ia hampir sama tetapi dalam persepsi Islam, ianya lagi luas dan mendalam. Sebab apa? Sebab ia merangkumi segalanya, dunia dan akhirat. Ada orang berkata “Aku dah buat banyak jahat, tapi tak kene balasan apa-apa pown,’. Itu kata dia la. Tapi dia silap, dia akan merasakan balasannya diakhirat kelak. Pasti!
Cuba kita berfikir sejenak, ada sesetengah orang, bila ditimpa musibah dan bencana, ada yang terlepas cakap “Mungkin ini karma agaknya,”. Ada lebih baik dia berkata “Mungkin ini balasan dari Allah atas dosa yang aku lakukan,”. Kan ke lagi molek cakap camtu. Ia tak dapat dinafikan, tak salah pown dua-dua nie. Yang jadi salahnya, bila seseorang itu terlalu obses dengan karma dan sangat-sangat mempercayainya. Dan segala apa yang berlaku didalam dunia ini ada kait mengait dengan karma. Kalau dah terlalu percaya, macam kita menyisihkan Islam la pula walaupun dengan tak ada niat. Tapi dengan pemikiran kita, ia boleh membawa kepada syirik kecil. Hal ini sama dengan apabila kita sakit, dan kita mengambil ubat untuk menyembuhkan penyakit kita. Dan taktala kita sudah sembuh, kita berkata “Ubat ini lah yang menyebuhkan aku,”. Silap disitu yer. Kalau Allah tak izikan kita sembuh, makan la segala ubat dalam dunia ini, kita tak akan pernah sembuh. “Dengan izin Allah, aku telah sembuh pabila memakan ubat ini,”. Bahaya betul lidah kita nie. Silap kata, lain maknanya.
Dan lagi satu, Karma diperkenalkan oleh pengasas Hindu bukan? Dan ianya sudah menjadi sebagai satu kepercayaan kepada diorunk bukan? Jikalau diberikan kekuatan, beranikah kita menerangkan Karma itu sudah hampir sama didalam Islam. Buat baik akan diberi ganjaran baik, buat jahat akan mendapat balasan. Tapi kita hanya perlu memperbetulkan sedikit sahaja, didalam dunia ini tidak ada hidup yang lepas, maksud saya, nyawa yang bersambung. Nyawa Allah berikan hanya satu saja. Jika nyawa itu ditarik, maka matilah orang itu. Yang tinggal hanyalah roh. Roh yang menunggu akan tibanya hari kiamat. Hari yang bakal dihimpunkan semua orang.
Apa yang dituliskan ini, hanyalah apa yang difikirkan oleh saya saja. Ada silapnya, dan sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan. Jika ada kesalahan dalam penulisan saya, saya harapkan pembaca boleh betulkan kesalahan saya. Terima kasih. Salam~









Pembalasan itu tetap ada. Sama ada di dunia dan sudah tentu di akhirat. Cuma di dunia ini Allah bayar secara tunai. Depan mata pun kadang-kadang kita nampak. Masya Allah. Allah nak tunjukkan kat kita supaya amik iktibar. Jangan buat zalim kat orang tak elok. Nanti kita kene lagi teruk.
Syafrizal´s last blog ..Logo Halal Negara Asing
[Reply]
shazclan Reply:
May 5th, 2010 at 10:00 am
btol2…..jadi..selalu2 la berbuat baik dan bersangka baik kan orang lain…tak rugi pown~
[Reply]