Dokor Cinta


Judi

Izinkan saya mulakan entri untuk kali ini dengan makna sepotong ayat Al-Quran. Surah Al-Maidah ayat 90.

Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ayat Al-Quran sendiri mengatakan yang judi itu kotor dan keji. Ditambah pula supaya dijauhi sejauh-jauhnya. Lebih senang ditafsirkan yang judi itu adalah sesuatu perbuatan yang tidak baik dan harus ditegah setegah-tegahnya dan bukanlah makin nak menyemarakkan untuk berjudi. Judi halal? Masuk akalkah?

Judi dah sememangnya haram. Dan perkara haram adalah sangat-sangat ditegah dalam Islam. Baiklah. Mari kita bersangka baik dengan orang yang nak buat judi halal nie. Mungkin dia nak buat judi halal nie untuk orang bukan Islam. Mungkin la. Tapi, semasa pemerintahan di Madinah, rakyatnya terdiri daripada berbilang agama, tetapi, adakah judi ada masa itu meski pun ada jer rakyat yang bukan Islam. Ada yahudi plak tue. Jadi, tak de relevan langsung nak buat judi halal.

Pernah tak diorunk nie terfikir akibat judi? Yang menang tue seronok la. Yang kalah? Sengsara, merana dan kadang kala dikelilingi hutang. Baikkah? Fikirlah sendiri. Kalau seseorang itu kehilangan wang, gembirakah dia? Pasti nya tidak.

Ya Allah. Saya tak tahu lagi nak cakap apa pasal isu judi halal. Judi dah terterang hukumnya haram. Sudah la hukum hudud tak dijalankan. Janganlah menggubal undang-undang yang Allah sudah tetapkan. Berfikirlah wahai sekalian rakyat terutamanya rakyat yang mengetahui tentang isu ini. Takkan la kita nak biarkan sahaja? Mahukah negara Malaysia ini ditimpa bala. Tidak mahu bukan. Siapa yang nak negara kita sendiri dilanda musibah.

Ada lagi isu yang lagi menarik. Nak taw? Sila lawat link ini.

Tags:

8 Responses to “Judi”

  1. Syafrizal 16. May, 2010 at 6:31 pm #

    Bila manusia berjudi maka macam2 masalah akan datang. Bila kita tengok yang kaki judi ni sanggup meminjam duit tak kira la bila2 pun. Muka langsung tak malu. Haram tetap haram. Tak boleh langsung dihalalkan atau dibenarkan atau diluluskan.

    P/S: Lepas lulus judi, lepas ni melacur pulak. Astaghfirullah.
    Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    pinjam plak kat ceti haram…lagi bermasalah la orang yang berjudi…pastu libatkan keluarga plak….lebih banyak keburukan dari kebaikan…

    [Reply]

  2. wandisini 17. May, 2010 at 10:29 am #

    masa mendengar berita ni, aku terkejut. perkara yang sudah terang haramnya tapi boleh pula dibahaskan di dalam parlimen untuk diluluskan

    tujuannya adalah untuk membendung kegiatan judi haram semasa berlangsungnya piala dunia nanti.
    tapi adakah ianya mampu menangani masalah judi haram?

    mengarut lah

    [Reply]

    shazclan Reply:

    totally mengarut…kalau nak kurangkan api…takkan nak tambah minyak petrol…memang sampai bile2 tak padam ar api tue…

    [Reply]

  3. hydir 17. May, 2010 at 3:45 pm #

    judi mmg haram tp ada pak menteri mana ntah cakap lesen judi bolasepak diluluskan sbb nak elakkan org berjudi secara haram (tanpa lesen) …

    membuktikan yg kita bukan negara Islam tetapi negara sekular tetapi penduduknya beragama Islam :p
    hydir´s last blog ..Kesedihan adalah ubat, gembira adalah penawar My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    bila sekular dah berleluasa….tunggu saja lah azab Allah nnti…

    [Reply]

  4. eastbullet 13. Jun, 2010 at 8:58 pm #

    Judi masalah kecik sahaja kalau nak diikutkan. di “halalkan” atau haram, tetap juga dilakukan. Sebagai contoh, kalo orang couple, peluk2… memang dah tau haram. Tapi takde akta kate haram. So, boleh ke lakukan? Terpulang pada diri sendiri. Akta hanya untuk dunia, hukum untuk akhirat.
    eastbullet´s last blog ..MuSiM BoLa.. JoM BeRJuDi!!My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    betol2…
    sangat2 betol..
    ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled