Salam,
Post kali ini aku nak cerita pasal iklan-iklan yang dihasilkan oleh syarikat Les’ Copaque. Aku amat tertarik dengan iklan-iklan yang di buat oleh Les’ Copaque. Ada lagi antara korunk yang tak tahu apa itu Les’ Copaque ke? Kalau korunk tak tahu lagi, try bukak laman web nie. Syarikat nie jugak la yang telah menghasilkan watak Upin & Ipin. Kalau aku dah sebut upin & ipin and yet you still dont know about it, it means that something wrong with you. Haha..Aku ni bukan la kipas-kipas susah mati( die hard fan) kat upin & ipin nie, tapi setakat nie jer la animasi yang terbaik pernah Malaysia hasilkan. Btol tak? Hope after this, banyak lagi anak Malaysia yang bley buat animasi sebaik Les’ Copaque atau lebih baik lagi setanding Disney. Hihi..siapa tahu kan..
Les’ Copaque juga telah menghasilkan iklan-iklan yang di siarkan di televisyen. Aku amat sangat dan begitu tertarik dengan iklan-iklan nie dan aku dah tengok semua iklan-iklan yang telah dihasilkan. Setakat nie ade enam iklan kesemuanya. Semua iklan mempunyai pesanan yang sangat bergune iaitu pakai tali pinggang belakang. Hehe..ops..bukan semua..tapi kebanyakan sahaja. Aku harap pasni diorunk bley la plak buat pasal Earth Hour ke, alam sekitar ke, binatang yang dah nak pupus ke dan moga-moga iklan sebegini dapat menyedarkan penduduk kat Malaysia nie.
Nie la iklan pertama yang aku tengok dekat perhentian Pudu semase tengah tunggu bas nak pulang ke kampung halaman. Time tue owner punye kedai tengah bukak citer upin & ipin. Tengah aku dok layan citer tue..sekali iklan nie kuar dan aku pown tertarik. And then kat rumah, adik aku dah siap download sume iklan Les’ Capoque nie. Iklan-iklan diorunk memang amat menarik. Sebelum nie, iklan yang menarik perhatian aku ialah iklan cat Nippon. Ala…yang cat bley gerak-gerak sendiri tue. Tak taw lagi ke?? Tgk video kat bawah nie..
Nie la iklan yang telah menarik perhatian aku sebelum nie tapi sekarang tidak lagi. Aku still menunggu iklan-iklan yang bakal dihasilkan oleh Les’ Copaque. Kalau korunk nak tengok iklan selebihnya, korunk bley la tengok sendiri kat you tube atau laman web nie. Kat sini sume ade diorunk letak iklan-iklan Les’ Copaque.
Dan bagi sesiapa yang memang kipas-kipas susah mati ipin & upin, bley la CD diorunk yang original ea. Support la diorunk nie sket. Penat diorunk buat graphic tue sume. Hargai dan sokonglah diorunk. Kalu kite asyik nak beli yang cetak rompak jer, camne Industri kat tanah aih kite nak maju. Btol tak kawan-kawan? Hehe…
Les’ Copaque siap buat video nak suroh peminat diorunk nie beli yang original. Beli la yang original ea.
Hehe, sekian untuk post aku kali ini yer.
psstt..korunk ade idea tak aku nak letak ape kat blog aku nie..cadangan untuk post seterusnya ke or kene tuka layout ke…hehe…bagi la cadangan yer…







aku suka upin dan ipin…hihihi
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 11:29 pm
hehe…baguih2…nnti ko beli CD yang original…ngehehe
[Reply]
Aku pn suka Upin Ipin gk..Hahaha..Tp movie Geng je yg x tgk g..Hahaha..
[Reply]
shazclan Reply:
April 22nd, 2009 at 11:28 pm
hahha….itu satu kerugian la..ko kene tgk Geng tue…nnti ko menyesal…hehe
[Reply]