Hosting!!!

hosting

Alkisahnya terpanggil untuk aku menulis entri baru ini kerana aku menghadapi masalah? Masalah apakah yang aku hadapi? Masalah cinta kah? Masalah belajarkah? Tidak!! Bukan itu masalah aku yang sebenarnya. Masalah aku ialah tarikh luput hosting aku dah nak luput. Oh tidak! Tak ku sangka sudah hampir satu tahun blog aku nie rupanya. Alhamdulillah. Walaupun tidak dapat banyak puli aku rasa best. Sebab apa? Sebab kadang-kadang aku dapat meluahkan segalanya dalam blog aku nie. Haha.

Masalah tetap masalah. Sekarang nie macam mana aku menyelesaikan masalah aku nie. Firstly kalau nak renew hosting, mestilah mempunyai wang yang cukup dan masalahnya sekarang nie, sistem keewangan aku tidak mencukupi untuk menampung hosting baru nie. Alahai. Mana nak cari duit nie? Ade sesiapa yang sudi menghulurkan duit simpati? Sob…Sob…Sob…

Tak cukup dengan masalah pertama, ditambah pula dengan masalah ke dua. Hadoi. Masalahnya ialah tarikh luput hosting aku sangat-sangat lah dah dekat dan mungkin aku tak sempat nak renew dalam masa terdekat nie jugak. Jadinya, aku nak renew sebulan selepas hosting aku tamat. Dan aku terfikir mengenai semua data dalam blog aku tue. Adakah dalam masa sebulan data-data aku tue masih dalam simpanan atau akan di delete secara serta merta? Setelah aku bertanyakan kepada saudara Zelo55, beliau berkata data aku akan di delete setelah tamat tempoh sebulan hosting aku habis. Betulkah? Apa kata otai-otai blog yang lain? Aku memerlukan sedikit tunjuk ajar di sini? Tolonglah bantu insan yang hina ini. Huk3. Aku tidak mahu blog aku nie terhenti begitu sahaja. Andai kata la memang betul kata-kata saudara Zelo55, maknanya aku perlu mencari duit untuk me’renew’ blog aku nie. Mana nak cari duit oi???

Yer. Masalah demi masalah. Haha. Masalah yang seterusnya ialah aku dalam dilema. Dilema mengapakah? Dilema perlukah aku menukar hosting aku atau aku just setia bersama NetKL. Apakah pendapat otai-otai blog? Package yang aku pakai sekarang adalah untuk satu tahun berharga RM 60. Jika boleh, aku nak cari yang lagi murah dan tak banyak masalah. Kadang-kadang pakai yang murah nie banyak masalah. Buat rugi jer kalau ade banyak masalah. Ade tak hosting-hosting lain yang otai-otai blog boleh rekemen kat aku? Tapi setakat nie aku tak ada masalah sangat dengan NetKL. Boleh dikatakan aku berpuas hati la. Hoho. Tapi terasa gak nak tukar hosting lain. Oh aku dalam dilema!!

Hadoi. Hosting pown boleh bagi masalah kat aku la. Haha. Hosting oh hosting, tak boleh kah bagi hadiah kat aku sebulan jer lagi untuk aku pertahankan blog aku nie? Kalau aku buat rayuan aci tak? Haha. Macam femes sangat plak bolg aku nie sampai nak buat rayuan. Hadoi…

Apa-apa pown, aku ingin memintak tunjuk ajar dari otai-otai blog mengenai data untuk blog aku nie dan juga hosting mana yang terbaik untuk aku gunakan.  Terima kasih diucapkan kepada sesiap yang sudi membantu. Thanks.

10 Responses to “Hosting!!!”

  1. eastbullet 02. Mar, 2010 at 12:42 pm #

    oh… aku guna baitulbytes .. pernah dgr tak…?? bagus jugak service nya.. layanan mesra.. kul 11mlam mintak bantuan, kalo nasih baik.. dapat respon time tu jugak…

    harga pun boleh tahan… kalo package student , murah…

    detail boleh tgk di sini .. http://www.baitulbytes.com.my
    eastbullet´s last blog ..MaRi DeNgaR LaGu My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    cam menarik jer aku tgk hosting2 nie…ko tgh pake package ape ea?

    [Reply]

    eastbullet Reply:

    pakai package student/aththoolibu..
    Rm50/year.. free domain..
    eastbullet´s last blog ..MaRi DeNgaR LaGu My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    ok tak?

    sebab ade mmbr cakap baitulbyte tak berape nak go..

    [Reply]

    eastbullet Reply:

    setakat ni memang bagus je… service memang cepat.. arituh aku punya hosting kena hack,dye terus create baru tnpa banyak tnya…

    tp kita kene juga la berbahasa sopan dgn mereka,baru la dilayan baik…

    lagi satu, lebih Islamik sikit cara perbualan mereka..

    nak kate server down, tak pernah lagi.. kalo ade pon,sebab nak update, itu pun dye inform awal2 dalam emel…

    alang2 dah kompeni Islam, kalo mahal sikit, xpela .. yg penting, “mersa,cepat dan betul” ..
    eastbullet´s last blog ..MaRi DeNgaR LaGu My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. Stargone 02. Mar, 2010 at 2:41 pm #

    Aik, tu advertisement keliling tu. takkan tak dapat cover kos hosting kot. ni tak cukup dana untuk web hosting atau domain? atau mungkin kedua dua sekali?

    Jangan biarkan domain expiry cukup lar, sebab nanti orang lain cekup. cuba lar cari sesapa yang boleh sponsor. Aku pakai yang free jer, takyah risau sangat pasal renew kos ni. :D
    Stargone´s last blog ..Kadar Cas Baru Hotlink Youth Club My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    tak lor..haha…..sedey gile aku…

    tapi mmg salah aku pown..kadang-kadang blog aku nie sampai tak terupdate..haha..ade habuk jer..

    [Reply]

  3. tokjogho 20. May, 2010 at 1:18 pm #

    salam bro,
    utk blog panduanpercuma.info tok, tok pakai hosting kat tnnhost.com, sekarang dah maju, dah jadi Hostemo.com – tok beli murah je rm40 utk 3gb, promo utk 2 tahun. So far boleh kata amat reliable. blog tok banyak guna resources, so dia move kepada server yg lebih laju free.

    Baru ni, tok beli hosting kat US (ipage.com – lepas check2 agak tersohor gak – tok beli utk 2 thn sbb ada org promo, dpt murah sikit). Kalau korang berminat, boleh check link kat bawah ni…

    http://hostingsifu.com/deal-of-the-day/

    Tak tahulah bleh percaya ke tidak. tok skrg tengah tunggu diskaun dia hujung bulan ni!

    [Reply]

  4. nismo 30. Jun, 2010 at 11:55 am #

    saye cadangkan cuba hosting ni.. -> http://shinjiru.com.my/myorder/ref.jsp?id=112352

    [Reply]

    shazclan Reply:

    terima kasih atas cadangan yang diberikan ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled