Dokor Cinta


Hikmah Berpuasa

bulan ramdhan

Alhamdulillah. Sampai jugak aku kat kampung halaman aku setelah bersusah payah menempuh segala dugaan dan cabaran. Bersawang lagi nampaknya blog aku ini. Mana tak nya, lepas satu entri aku buat, berminggu-minggu aku biarkan. Hehe. Malasnya la hai aku nie. Mintak maaf sekali lagi kepada sesiapa saje yang mengikuti blog ini yang tak berupdate. Mohon harap dimaafkan. Kan ke kite dah nak raya. Hehehe.

Disebabkan bulan puasa atau Ramadhan nie masih belum habis lagi, aku nak berkongsi sedikit pasal hikmah kenape kite kene berpuasa. Harapnya semua diantara kite dapat berpuasa penuh yer. Sebulan jer pown. Bukan lame sangat. Puasa jangan tak puasa. Kalau tak puasa nanti tak boleh raya. Ok2. Antara hikmah-hikmah berpuasa ialah :

  • Hikmah puasa yang paling besar ialah untuk mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam taqwa. Taqwa adalah sifat yang terpuji dan dengan taqwa, kite mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Tapi, kite kene la ade azam yang sangat2 kuat untuk mencapai tahap macam nie. InsyaAllah kite semua boleh mencapai tahap ini suatu hari nanti.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.

( Al – Baqarah: 183)

  • Puasa juga boleh  menjadi benteng dan perisai kepada seseorang. Apabila kite berpuasa, nafsu kite akan menjadi lemah dan itulah yang dimaksudkan dengan perisai. Nafsu adalah musuh utama dalam diri kite. Sangat susah untuk mengawal nafsu kite. Oleh sebab itu, nafsu perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik dan juga perisai daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai.

( Riwayat Bukhari )

  • Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga sepertimana kite melihat orang lain yang kelaparan.
  • Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri kite sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air. Sebagai seorang yang telah diberikan akal untuk berfikir, jadi, fikir-fikirkan lah ye.
  • Puasa juga dapat menajamkan akal fikiran kite. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak kite tidak dapat menerima apa yang yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik dan yang paling sesuai untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan kite juga turut menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat.

Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: “Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas.”

  • Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin digalakkan untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu. ( Riwayat Bukhari )

Sebenarnya, ada banyak lagi hikmah-hikmah berpuasa nie. Tapi cukuplah sekadar nie saje. Harapnya dapatlah ianya menjadi iktibar dan juga menjadi titik permulaan untuk kite menjadi yang lebih baik dan terus menjadi lebih baik. Mata aku pown dah kembali berat. Ntah kenape pown aku tak taw. Cukup sekada ini dulu. Wasalam.

Tags: ,

6 Responses to “Hikmah Berpuasa”

  1. Lizz 12. Sep, 2009 at 10:01 pm #

    sedih kadang2 kalo tgk org dah tue2 tapi tak puase. dah lah tu, slumber makan depan org puase. hampeh je

    [Reply]

    shazclan Reply:

    tue la…orang camtu baling batu pown tak pe..huh

    [Reply]

  2. teh 13. Sep, 2009 at 12:18 am #

    sempurna kah ibadat puasa ku
    huhu

    [Reply]

    shazclan Reply:

    harap2 sempurna la~~

    [Reply]

  3. zaid 06. Oct, 2009 at 3:32 pm #

    salam,sy bertrima kasih pd awk..sbb,awk msih lg ingin mencurahkn ilmu bt ank bngsa..sy akui bnyak org mmg susah nk curahkn ilmu,mlainkn apabila d tanya..sy hrp bnyak lah lgi ilmu yg boleh awk ajarkn pd sy..w’salam.

    [Reply]

    shazclan Reply:

    wasalam….tak ade pown nie…ilmu yang ade nak la kene kongsi…tak kan nak simpan sorang2…nnti ilmu tue tak berkembang…kang tibe satu masa berkubur camtu jer…huhu

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled