Hari Ibu

Haaa. Nape tajuk entri aku kali ni HARI IBU? Dah hari ibu ke hari nie? Bukan ke lambat lagi? Tapi cuba kita semua fikir kembali dan duduk sejenak. Kenapa kita mesti adakan satu hari yang hari itu sangat special untuk ibu kita begitu juga dengan ayah kita? Adakah ini bermaksud hanya hari itu saja ialah hari special untuk ibu dan ayah kita dan hari-hari lain bukan? Mungkinkah begitu? Apakah jawapan anda?
Pada pandangan aku sebagai seorang anak dan hamba yang sangat-sangat hina, tiap-tiap hari adalah HARI IBU dan HARI BAPA. Tiap-tiap hari adalah hari yang paling special untuk kedua ibu bapa aku. Ikhlas aku kata, dari kecik memang aku jarang nak tahu bila jatuhnya tarikh HARI IBU tue sendiri. Bukan sebab aku malas nak amik taw ke ape ke. Tapi aku rasa tak best bila sambut hari ibu. Sebab apa? Sebab mama aku sangat special. Sangat-sangat special. Tak kan la untuk seseorang yang sangat special dalam diri kita, kita hanya nak adakan satu hari yang special untuk mama en. Mestilah kita nak setiap hari ibu kita semua berasa gembira dan merasakan diri mereka sangat-sangat di hargai. Sepatutnya begitu bukan?
Aku terniat untuk menulis entri nie semua kerana lecturer aku sorang nie. Dr Munawwar Haq’. Fuh die mengajar memang sangat-sangat sempoi dan semua kata-kata die sangat-sangat menusuk kalbu. Aku seakan khayal bila masuk kelas die. Hehe. Kalau tak mane nak dapat gelaran Dr tue en. Susah beb nak dapat Dr nie. Haish. Ada satu kelas die cerita pasal family ethic. Die terang satu persatu sampai la bab hari ibu nie. Aku pernah terdengar sekali ape yang die cakap nie, tapi aku dah lupe kat mana. Die cakap ‘ Every day is a Mother’s Day ‘ . Tup terus aku teringat kat mama aku kat umah. Maybe die tersedak sekejap kot kat umah tue. Haha. Ade lagi bende lain yang die cakap and everything is make senses. Rugi tak datang klas die. Kejap lagi plak aku nak exam paper die nie. Fuh. Sempat lagi nak update blog ek. Masa-masa lain tak nak plak aku update blog aku nie. Haish.
Kite tambah lagi sket. Korunk rase sape yang adekan hari ibu sebenarnya? Aku sendiri pown tak taw. Tapi kenape mesti adekan hari ibu? Haaaaaa. Sebab nak suruh kita sayang ibu kita la. Haha. Tue pown nak gtaw. Tapi ada sebab lain sebenarnya. Sebenarnya orang yang berniaga nie dapat untung bila sebut jer hari ibu. Mesti semua orang yang sayangkan ibu masing-masing akan membeli hadiah untuk ibu tercinta. Tapi perlu ke bagi hadiah tanda kita sayang? Tak perlu aku rasa. Sayang nie satu perasaan yang tak boleh nak di describe. Sayang nie satu perasaan yang abstrak dan bukan mudah untuk kita melahirkan rasa sayang kepada orang lain dan bila kita dah lahirkan sayang tue untuk seseorang, sangat susah untuk kita membuang sayang tue. Sebab tue la aku cakap sayang tue abstrak. Itu dari pandangan aku la. Dan lagi satu, memang bagus buat hari ibu ni. At least untuk mereka yang jarang nak ingat mak bapak kt umah boleh ada kesedaran sivik sket nak kol mak bapak tanya khabar dan sebagai nya.
Tapi bagi aku, hari ibu dan juga hari bapa ialah tiap-tiap hari dalam diri aku. Tidak perlu hari ibu untuk kita bagitaw yang kita sayang ibu kita. Tak perlu hari bapa untuk kati bagitaw yang kita kasihkan ayah kita. Sebab mereka dah sayang dan kasih kita sejak mereka taw ak masih dalam kandungan lagi. Segala keperluan sudah di beli sebelum aku melihat dunia ini. Sewaktu aku kecil, aku nangis, mereka dodoikan, aku lapar, mereka mencari makanan untuk aku. Mereka sudah melahirkan kasih dan sayang tiap-tiap hari kepada kita, kenapa sebagai anak yang sudah dijaga dan di didik tak boleh berbuat demikian. Pelbagai alasan kita berikan. Pelbagai rungutan kita luahkan. Tapi ibu bapa tidak pernah merungut. Mereka tetap menjaga kita walau mereka sibuk sekali pon.
Lagi satu bende yang buat aku sangat-sangat sedih ialah ada anak yang menganggap bapa kandung sendiri sebagai seorang pengacau dan mengarahkan bapa sendiri tinggalkan rumahnya. Perghh. Terfikir tak camne perasaan bapak die time tue. Tunggu je la azab ko nanti. Kecik-kecik dah bagi makan semua, sekarang dah besa, bapak sendiri sanggup buatng tepi jalan kat stesen bas. Anak ke tue? Mampos dari kecik pown tak pe ar.
Huh. Cukop-cukop. Aku nak baca buku. Nanti aku sambung lain. Wish me luck for the exam. Yeah!!




January 20th, 2010 at 10:44 am
yup2…setiap hari adalah hari ibu..aku tak pernah smbut pun hari ibu ni seumur hidup aku…sebab pada aku kenapa perlu ada hari2?abis hari lain x leh nk celebrate apa2 dgn ibu kita or x leh nk baik2 dgn dia ker?s
black_mel´s last blog ..Orang Suka Buat Tapi Aku Tak Suka Tapi Sekarang Aku Buat
[Reply]
shazclan Reply:
January 20th, 2010 at 11:31 am
haaa….btol2…tak perlu la certain2 hari jer utk menggembirakan hati ibu kita…yeah!!
[Reply]
January 20th, 2010 at 6:52 pm
all the best utk ur exam
ingat, yg penting restu ibu bapa juga.. hehe
arieza´s last blog ..::: >>> Kenapa Cemburu?
[Reply]
shazclan Reply:
January 29th, 2010 at 10:43 pm
ya…restu ibu bapa sangat2 penting…
[Reply]
January 24th, 2010 at 8:21 pm
hoho… btol2.. ibulah segale-galenye. bak kte org tue, mamalah dihatiku, mengandungkanku, membelaiku, membesarkanku sehingga perutku begini.. heheh~
[Reply]
shazclan Reply:
January 29th, 2010 at 10:44 pm
amboyh…nie cam perli jer bunyinye nie…nak kene nie..haha
[Reply]
March 2nd, 2010 at 3:38 pm
maaa….. engkaulah ratu hati hatiku.dan engkau ore jage lupa mendoakan ibu dan ayah.mereka lah harta kita yang paliang bernilai di dunia.
[Reply]