Dokor Cinta


CINTA

heart

Semua orang dah tahu dan hadam apa itu CINTA. Bila dikatakan tentang CINTA, semuanya pasti indah-indah berlaka. Jika disebut tentang CINTA, mesti difikirkan tentang kebahagiaan. Seringkali juga janji-janji manis dilontarkan dan berjanji akan dikotakan satu hari nanti. Tapi sejauh manakah semua ini akan bertahan? Cuba-cuba kita renungkan.

Betul. Apabila kita sedang bercinta, semuanya bagaikan dalam syurga. Semuanya indah belaka. Segala kehendak dan kemahuannya diturutkan tanpa ada banyak alasan. Cinta yand diidam-idamkan oleh semua orang. Aku sendiri mengakuinya. Segala kemahuannya dituruti. Segala kehendaknya akan cuba diberikan. Biar susah macam mana pun, mesti diturutkan. Tapi betulkah CINTA itu seindah yang disangkakan? Fikir-fikirkanlah.

Makna CINTA bagi aku sangat abstrak. Tidak dapat didefinisikan dengan mana-mana kamus didalam dunia. Tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Tapi dapat dirasakan didalam hati. Hanya hati sahaja tahu bagaimanakah perasaan CINTA. Bagaimana pula dengan CINTA pertama? CINTA yang membuatkan kita tidak senang tidur dan tidak kenyang makan buat kali pertama. Buat pertama kalinya dia lah insan yang terpenting dalam hidup kita. Keluarga dan sahabat diketepikan demi insan yang kita CINTA. Dia adalah segalanya. Pagi petang teringatkan dia. Makan minum bersamanya. Suka duka dikongsi bersama. Memang semuanya indah belaka.

Terasakah bagaimana CINTA didusta? CINTA yang diagung-agungkan didustai oleh insan yang dicintai. CINTA yang dibina kian rapuh dan hanya menunggu masa untuk musnah. Adakah CINTA itu masih indah? Bagi mereka yang percayakan CINTA, mereka akan berkata mencintai tak semestinya memiliki. Betul. Tak semua yang kita inginkan kita tidak dapat memilikinya. Tapi bagi mereka yang tidak percayakan CINTA, CINTA yang akan menjadi mangsa. Segala yang berkaitan dengan CINTA akan dipandang sebagai benda yang menyakitkan hati. Ya, betul. CINTA yang tidak ddusta sangat memeritkan. Sangat menyakitkan hati. Dan boleh mengubah seseorang yang periang menjadi seorang yang pendia dan suka menyendiri. Namun, CINTA sebegitu perlu dijadikan pengajaran supaya dapat mematangkan kita untuk menempuhi kehidupan yang mendatang.

CINTA apa yang betul-betul indah? CINTA kepada Allah dan RasulNya. CINTA yang tiada tolok bandingnya. CINTA yang dijanjikan akan kebahagiaan didunia dan diakhirat. CINTA yang akan menemukan kita dengan teman hidup kita. CINTA yang menjadi peneraju dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Jika kita didalam kesusahan, kepada Allah kita memohon pertolongan. Bagi mereka yang benar mempercayai CINTA sebegini, mereka dapat merasakan CINTA yang betul-betul indah. Tiada CINTA yang indah melainkan CINTA kepada Allah dan RasulNya.

Tulisan ini hanya untuk renungan kita bersama. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Sekian.

Tags:

10 Responses to “CINTA”

  1. mek 29. Mar, 2010 at 5:13 pm #

    wahh.. topik cinta.. adekah ko sedang mengalaminya??
    congratz2.. haha

    [Reply]

    shazclan Reply:

    haha..dalam semua orang ada CINTA…^_^

    [Reply]

  2. shah 31. Mar, 2010 at 4:11 am #

    betul. that is the ultimate love tapi nak achieve, bukan senang.
    langkah terbaik, doalah supaya kalau boleh kalau belum masanya jangan ditemukan lagi cinta manusia.

    hargai lah masa bujang anda~
    hee.

    hope u r doing fine, though;)
    shah´s last blog ..Dulu lain, sekarang lain. My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    lalalala…..
    memang susah sangat nak dapat mende tue…haish….

    haha..jgn terlajak jadi bujang lapok sudah la….wahah

    [Reply]

    zelo55 Reply:

    shawn is doing fine..
    sbb die tgh angau..fine la..hhohoh
    zelo55´s last blog ..5 Kebaikan Pakai 2 Handphone (Telefon Bimbit) My ComLuv Profile

    [Reply]

    shazclan Reply:

    angau ape bendenye tuan luqman…..memandai jer ko kan…:P

    [Reply]

  3. raden 10. Apr, 2010 at 9:56 pm #

    ade org kate..cinta tu mcm kurap.lg digaru lg sedap..euwww

    act,cinta manusia ni hny lps kawen jek.bru leh msk syurga sama2..tungguku dipintu syurga.huhu.itu pn xtentu lg suami isteri,inikan buayefren n gelifren…wallahualam.moge dijauhkan

    [Reply]

    shazclan Reply:

    terima kasih atas nasihat itu ye kak ^_^

    [Reply]

  4. tokjogho 13. May, 2010 at 8:31 am #

    salam bro,
    tok guna hosting yg mungkin org x berapa kenal…TNNHost. So far hampir setahun guna..xde masalah sangat! tok subscribe masa promo, RM40 setahun utk 3GB (tp masa promo dia bagi utk 2 thn dgn harga tuh…) tok gunakan untuk blog panduanpercuma.info tok.
    Pas tu ada promo sekali lg..tok beli pulak yg RM100 utk 2 tahun dgn saiz 100GB dan untlimited addon domain…so far ok je…dah 3 domain tok letak kat akaun tokjogho.com ni….
    respons cepat gak bila ade prob…masa blog tok kena hack dulu, dpt restore dlm masa 1 hari..kira oklah tu!

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehehe…
    terima kasih kerana promote hosting nie…
    trimas bnyk ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled