
Entri ini aku tujukan khas buat syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia iaitu CELCOM. Kenapa aku tujukan kepada CELCOM? Panjang ceritanya. Meh dengar aku bercerita pasal CELCOM. Sebelum itu, semua orang tahu ape itu CELCOM kan? Haha. Tipu la kalau ada yang tidak tahu.
Agak setahun juga aku menggunakan perkhidmatan CELCOM nie. Tapi CELCOM telah menghancurkan hati aku. Sangat-sangat menghancurkan hati aku. Kenapa? Sebab polisi CELCOM sendiri membuatkan aku berakhir arah dan buat masa sekarang nie, aku tak pandang langsung CELCOM.
Setakat ape yang CELCOM sudah memberi khidmatnya kepada aku, cuma CELCOM University Package jer tak menghampakan aku. May be sebab aku tak selalu pakai kot. Overall untuk yang lain memang selalu sangat bagi masalah kat aku. Aku pernah pakai CELCOM Postpaid dan juga CELCOM Broadband. Biar aku cerita pasal masalah yang aku hadapi nie biar CELCOM bukak mata sikit yang dia tak menjaga hati pengguna dia. Dan untuk pegetahuan pembaca, aku dah memberhentikan penggunaan CELCOM Postpaid dan juga CELCOM Broadband.
CELCOM Broadband
- Signal yang kadang ade dan kadang tidak menyebabkan aku susah nak buat kerja! Bila time-time terdesak la CELCOM Broadband nie buat hal.
- Internet yang sangat-sangat lembab. Ada jer time internet laju tapi overall adalah slow dan tak sesuai untuk digunakan. Bayangkan setakat nak semak email kite kene tunggu sampai 30 minit. Hoi! 30 minit boleh buat macam-macam la. Ape ingat aku free sangat ke nak membazirkan masa aku tunggu sampai 30 minit sebab nak bukak email jer.
- Disebabkan Internet yang terlalu lambat, aku kadang-kadang sampai sebulan tak guna internet dan still kene bayar. WTF!!!! Aku nak guna macam mana kalau servis yang korunk bagi slow. Dah tue nak suruh bayar plak. Kalau korunk bagi servis ok, aku tak kan complaint la. Nak makan duit orang jer. Cukup bulan taw plak send surat sampai kat rumah. Yang tue taw plak bagi servis baik ea. WTH!!!
- Conclusion nya aku matikan akaun CELCOM Broadband aku tue. Dan aku bertukar kepada CELCOM USB Broadband plak dengan harapan masalah yang sama tak kan berulang. Tapi still aku hampa dan buat aku makin menyampah dan meluat bila dengar pasal CELCOM.
- Masalah yang aku hadapi lebih kurang dengan sebelum aku tukar kepada CELCOM USB Broadband. Dan aku rasa lagi teruk ada la. Kali nie memang slow yang teramat sangat. Nak connect pown kadang-kadang tak boleh. Dan macam biasa aku terus call untuk mengetahui kenapa slow sangat nie kan. Jawapan yang aku terima ialah masala pencawang dan mengambil masa dalam satu hingga ke dua minggu. Ok tak pe. Aku tunggu. Cukup seminggu still tak boleh guna lagi. So aku assume berlanjutan sampai dua minggu. Ok aku tunggu. Cukup dua minggu still tak boleh connect dan kalau boleh connect sekali pown, internet teramat la sangat slow. Aku call CELCOM lagi dan tanya lagi kan. Nak taw jawapan die tak? Jawapan die masalah pencawang dan kene tunggu satu hingga dua minggu. Pergh. Kalau pembaca dengar mesti berasap jer telinga kan? Pastu mintak suruh bayar plak. Dah la tak dapat guna pastu suruh bayar.
- Aku dah buat entri gak pasal masalah aku nie. Untuk baca entri tersebut, sila klik sini.
CELCOM Postpaid
- Untuk CELCOM Postpaid nie, aku tak de masalah dengan signal atau tiada talian dan bagi aku bende tue semua perfect. Yang menjadi masalahnya ialah berkenaan dengan bil dan syarat atau polisi dan ntah ape-ape lagi la.
- Setiap kali nak cek bil, mesti akan delay untuk beberapa hari. Kadang-kadang makan masa seminggu, kadang-kadang dua minggu dan kadang-kadang sebulan. Bagi aku lebih convenient kalau update bil tue dari semasa ke semasa.
- Secondly aku sebagai pengguna tak di bagitau tentang bende yang pada aku sangat-sangat penting. CELCOM ade tetapkan syarat lebih kurang begini la ayat die, Segala perubahan yang dikendalikan atau dilakukan oleh pihak CELCOM adalah muktamad tanpa pengetahuan pengguna. Pada aku, kalau nak ubah ape-ape sekali pown, mesti dan wajib bagitaw pengguna. Betol tak? Bley ke syarat camnie diluluskan. Oleh sebab aku tak belajar law, dan ikut fikiran aku jer, bende nie mmg sangat2 tak boleh.
- First time aku gune CELCOM Postpaid nie, tak ade plak nak cakap kan camtu. Mana la aku nak taw. Jadi aku sebagai pengguna sepatutnya diberitahu secara detail tentang syarat-syarat yang diorunk nak buat. Nie biarkan pengguna tak taw ape-ape and then buat syarat-syarat yang boleh mengaut keuntungan.
- Antara contoh perubahan yang dilakukan oleh CELCOM. Untuk pengetahuan pembaca, CELCOM Postpaid 1+3 adalah package yang pertama dilancarkan oleh CELCOM. Dan segala panggilan, mms, dan juga 3G sesama nombor main dan subline adalah free. Tetapi package free talah dikurangkan daripada free kepada 40 jam sebulan. Dan bulan 10 atau bulan 11 tahun lepas, CELCOM telah mengurangkan lagi kadar panggilan free dari 40 jam kepada 20 jam. Dan aku tak taw semua bende tue. Sebab ape? Sebab die just nyatakan kat dalam surat. Dah la aku belajar kat KL, surat tue plak hantar kat rumah. Berapa kerap sangat la aku balik rumah. Taw-taw jer bil dah melambung gile-gile punye.
- Huh. Dulu member aku dah pernah kene. Sekarang aku plak yang kene. Tapi dalam kes yang berbeza. Member aku plak pasal internet. Nak taw lebih lanjut. Sila klik sini.
Dan sini secara umumnya, aku sangat-sangat anti kepada CELCOM sekarang. Lantak ko la CELCOM. Ko nak makan duit orang makan la. Ko nak tipu untuk dapat duit ko buat la. Pandangan aku kat CELCOM sekarang semuanya negatif. Semuanya buruk dan tak memenuhi permintaan pelanggan. Dah cukup ar aku bersabar dengan CELCOM nie. Aku dah tak boleh sabar dan aku mintak maaf wahai CELCOM. Aku tulis entri sebab aku nak semua orang taw ape masalah aku dengan CELCOM. Biar orang lain berwaspada dan tak ditipu oleh CELCOM tak guna!!!!








wow, penuh perasaan ye.. hehe… sabo2.. yg lepas tu biarla berlalu.. duit bley cari kan..
diorg wut camtu nnt biar diorg tanggung sndri kat ‘sane’ kelak..
[Reply]
shazclan Reply:
February 9th, 2010 at 8:39 pm
hurmmm…tapi kite kat sini yang terseksa…adeh
[Reply]
iya celcom mmg prob,, huh, kt rumah aku lagi terok xdak line 3G,, bayangkan la kesengsaraan aku tuh,,,, huh sux
[Reply]
shazclan Reply:
February 9th, 2010 at 8:48 pm
pergh…mmg sengsara wa cakap…macam tahi jer..
[Reply]
guna la MAXIS huhu!
[Reply]
shazclan Reply:
February 9th, 2010 at 8:49 pm
aku tak berkenan ngan maxis..harap maaf
[Reply]
Aku tak pakai Celcom n broadband jadi tak tau la…
biasalah telco malaya masih teruk lagi
zool´s last blog ..Tips elak malas nak tulis entri
[Reply]
shazclan Reply:
February 9th, 2010 at 8:50 pm
hurm…
tue la masalahnya…aku pown tak taw nape problem sangat internet kat malaysia nie..haishh
[Reply]
yup….kadang2 terjadi gak ke aku…hahaha…skang bermula hari ini, aku dah xguna dahh….yeahh…!!!
[Reply]
shazclan Reply:
February 10th, 2010 at 7:45 am
aku pown dah meninggalkannya….buat rugi aku jer…haha
[Reply]
pergh. dahsyat sungguh celcom ni punya teruk ya.
beliamuda´s last blog ..Aktiviti Lelaki Bujang Yang Mencari List Awek Cun di Facebook
[Reply]
shazclan Reply:
February 16th, 2010 at 3:28 pm
wah…dahsyat!!! tayar depan terangkat!! macam rossi..haha
[Reply]