Bahana Program Realiti

Program realiti oh program realiti. Antara program-program realiti yang ter’femes’ di Malaysia ini ialah Akademi Fantasia yang masih bertahan sehingga musim ke – 7. Memang sangat lama bagi aku. Pada mulanya aku pown tergolong diantara golongan yang meminati program realiti ini namun tidak lagi sekarang. Ku anggap program ini hanya membuang masa aku sahaja. Kalau aku tengok pown bukan aku dapat hadiah or ape-ape ganjaran tetapi hanya kepuasan yang sementara. Bagi mereka yang memang setia dengan program-program realiti ini sebagai contoh Akademi Fantasia, dan juga mereka yang selalu mengeluarkan duit untuk mengundi pelajar-pelajar ini, korunk tak pernah pikir ke korunk hanya membazir duit korunk. Kalau sekali diorunk menang pown, korunk still tak dapat apa-apa, just kepuasan sementara yang membolehkan pelajar itu menang. Ada lebih baiknya duit korunk tue korunk simpan untuk kegunaan masa-masa akan datang. Kemengan diorunk bukan penjamin kesenangan kite.

Lagi satu, kebanyakan yang menyertai program-program realiti ini, adakah mereka semua berjaya mencipta nama? Korunk fikirlah sendiri. Menjadi juara, tempat ke – 2, tempat ke – 3 dan seterusnya tidak menjanjikan yang peserta yang menyertai program realiti ini boleh menempah nama. Ada yang terus hilang tanpa berita. Ada yang terus sepi tanpa cerita. Ada yang pada asalnya di latih untuk menjadi penyanyi tetapi sekarang hanya menjadi DJ di radio dan pengacara di telvisyen. Relevan? Pada aku sangat-sangat tak relevan. Walaupun orang selalu kata, kalau rezeki kita dah macam tue, terima jer la. Hah, senang sekali berbicara dan hanya menyalahkan rezeki. Sungguh tak patut. Kalau korunk dah dilatih menjadi penyanyi dan dah habiskan banyak duit penonton untuk korunk dan korunk tak jadi apa yang penonton nak. Ini satu ketidakadilan. Better korunk terus jadi pengacara dan apply jadi DJ terus kan senang. Kalau setakat korunk nak glamour untuk jadi DJ better tak payah la. Tengok band-band INDIE boleh jer jadi famous dan lagu diorunk banyak dinyanyikan anak muda sekarang. Tidak perlu kepada program realiti. Fikir-fikirkanlah.

one in a million

Tidak di nafikan ada diantara peserta-peserta program realiti sudah mencipta nama di Malaysia mahupun di luar negara. Tahniah aku ucapkan dan teruskan usaha-usaha anda. Ada juga pemenang-pemenang program realitiĀ  yang tidak lupe akan peminat-peminat dan penyokong-penyokong setia dengan membelanja mereka semua sebagai membalas jasa budi mereka. Just hope that, for the winner, just don’t ignore your fans.

Bercakap pasal pertandingan nie, mesti ada hadiahnya kan? Korunk rase patot ke dan setimpal ke hadiah-hadiah yang diorunk berikan or macam terover sangat hadiah die? Hurm…fikir-fikirkanlah. Nasib baik duit diorunk, kalau duit aku, jangan harap aku nak bagi hadiah camtu jer. Lebih baik aku guna duit tue kepada yang lebih memerlukan.

malaysian idol

Persoalannya sekarang, perlu sangat ke program-program realiti banyak-banyak kat dalam Malaysian nie? Dengar cerita satu lagi program realiti akan bertamabah ‘Anak Wayang’. Cukup-cukup lah tue. Memang betul rancangan-rancagan macam nie memberi peluang kat orang ramai. Tapi korunk pernah pikir tak lagi banyak buruk atau baiknya? Pada aku, kita tidak memerlukan program realiti ini untuk mencari penyanyi,pelakon atau pelawak. Kenapa dulu tak ada program-program nie tapi still negara kita boleh membangun. Fikir lah oi…korunk ader otak kene fikir. Jangan dah tak bloeh pikir nanti baru sibuk-sibuk korunk nak pikir.

Aku tak tahu la apa nak jadi. Hiburan yang tak sudah-sudah. Benda yang melalaikan ramai penduduk Malaysia. Program yang membuang masa penduduk Malaysia. Haha…

Tags: , ,

6 Responses to “Bahana Program Realiti”

  1. nadilaku 26. Apr, 2009 at 11:32 am #

    hak3.. nmpaknye ayg org pertama komen..
    erm.. tp kan setakat nak menghiburkan hati tu boleh la.. x payah la sampai nak menghabiskan duit..

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehe…tahniah2…kalau semua orang berfikiran camtue tak per…just tgk dgn tidak menghabiskan duit…

    tapi lebih ramai yang suke menghabiskan duit….hehee…

    [Reply]

  2. yaziith 08. May, 2009 at 6:13 pm #

    betol.

    buang masa.
    tapi nape tah,

    aku tetap minat aril.
    :D D

    [Reply]

    shazclan Reply:

    hehe…

    terpulang la pada individu nak menilai…^^

    [Reply]

  3. anysh 21. Jul, 2009 at 1:29 pm #

    ntahla…..nie smua terpulang pada seseorang…kdg2 x relevan… kan3..

    [Reply]

    shazclan Reply:

    btol2…nie semua dari pandangan seseorang…dan pandangan seseorang tue tak semestinya salah dan betol…

    ^^

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled