
Persoalan yang masih belum terjawab, mengapakah Fairuz boleh berubah sebegitu sekali? Sekarang persoalan itu akan terjawab. Fairuz berubah bukan sebab cinta, bukan sebab harta tetapi sebab hati Fairuz telah tersentuh pabila mendengar sesi ceramah yang dihadiri oleh Fairuz. Ceramah itu berkisar tentang ketua dalam sebuah keluarga dan banyak berkisar tentang tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Fairuz berniat dalam hatinya untuk menjadi seorang yang berguna lebih-lebih lagi sebagai seorang suami dan bapa.
Semenjak daripada itu, personaliti Fairuz yang pendiam terus berubah menjadi seorang yang peramah. Fairuz ingin mengubah dirinya lebih-lebih lagi sifatnya yang agak pemalu dan pendiam. Sejak dari itu juga la Fairuz lebih dikenali oleh pelajar-pelajar di IPTA tempat di mana Fairuz belajar. Sebut saja nama Fairuz pasti ade saje orang yang mengenalinya. Dan perubahan Fairuz itu juga telah menarik ramai pelajar wanita untuk menjadi teman wanitanya. Namun hingga sekarang, Fairuz masih bersendirian dengan kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Read more…

Alhamdulillah. Akhirnya blog aku telah pulih seperti sediakala. Selama beberapa minggu blog nie tidak diupdate, akhirnya kembali seperti biasa. Kesian kat blog ak nie, dah lame tak berupdate. Sawang pown dah banyak. Sekarang nak bersihkan sawang-sawang nie plak. Aish…
Read more…
Hahaha. Macam-macam resporn ak dapat dari Part 1. Rilek-rilek, cerita baru jer bermula. Jauh lagi nak abis nie. Hehehe. Harap bersabo ea.
Cerita bersambung kembali~~
Ape yang menyebabkan Fairuz berubah? Kite tinggalkan watak Fairuz untuk seketika. Mari kite beralih kepada watak lain plak. Watak yang di maksudkan ialah seorang gadis desa yang bernama Suzila. Suzila juge merupakan seorang pelajar yang menuntu di IPTA yang sama dengan Fairuz. Tetapi Suzila dan Fairuz masih tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Kemungkinan masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

Suzila merupakan gadis kecik dan molek. Kawan-kawannya selalu mengatakan die comel. Ramai lelaki yang tertarik dengan Suzila. Ada yang sampai kacau Suzila tiap-tiap hari semata-mata nak dapatkan no telefon die sahaja. Suzila juge merupakan seorang anak yang baik dan manja. Die selalu menolong kedua ibu-bapanya pabila tiba cuti semester. Bagi Suzila, cuti semester la yang paling ditunggu-tunggu kerana masa itu saja lah die berpeluang untuk menghabiskan masa dengan keluarganya.
Read more…
Setiap orang mesti ade kisah suka dan duka. Kadang-kadang kelakar bile diingat dan kadang-kadang memang dah tak nak ingat langsung. Tapi semua tue dapat memberi kite pengajaran dalam kehidupan nie. So, kali nie aku nak cerita satu kisah yang aku karang sendiri. Tiada kene mengene antara hidup dan yang mati. Semua nie hanyalah hasil imaginasi aku sendiri sebagai seorang insan biasa.
Cerita bermula~~

Read more…

Kara? Ape itu Kara? Adik beradik Kira ke? Bukan lah..Nie pown salah satu band perempuan yang asal dari Korea gak. Ala-ala cam Wonder Girls la. Terdiri dari 5 orang ahli gak. Sebijik cam Wonder Girls dan semestinya bukan orang yang sama la. Haha. Mane aku knal band Kara nie ea? Sebab aku dah jumpe diorunk la. Wahaha. Tak de la. Aku kenal band diorunk pown dari member aku nie. Die asyik dok layan lagu korea jer. Sekali aku dengar die pasang lagu nie terus aku tanye dari band mana dan dari situlah aku kenal Kara. First lagu die yang aku dengar ialah Mister. Layan gak la lagu nie. Hohoho.
Read more…