Program realiti oh program realiti. Antara program-program realiti yang ter’femes’ di Malaysia ini ialah Akademi Fantasia yang masih bertahan sehingga musim ke – 7. Memang sangat lama bagi aku. Pada mulanya aku pown tergolong diantara golongan yang meminati program realiti ini namun tidak lagi sekarang. Ku anggap program ini hanya membuang masa aku sahaja. Kalau aku tengok pown bukan aku dapat hadiah or ape-ape ganjaran tetapi hanya kepuasan yang sementara. Bagi mereka yang memang setia dengan program-program realiti ini sebagai contoh Akademi Fantasia, dan juga mereka yang selalu mengeluarkan duit untuk mengundi pelajar-pelajar ini, korunk tak pernah pikir ke korunk hanya membazir duit korunk. Kalau sekali diorunk menang pown, korunk still tak dapat apa-apa, just kepuasan sementara yang membolehkan pelajar itu menang. Ada lebih baiknya duit korunk tue korunk simpan untuk kegunaan masa-masa akan datang. Kemengan diorunk bukan penjamin kesenangan kite.
Lagi satu, kebanyakan yang menyertai program-program realiti ini, adakah mereka semua berjaya mencipta nama? Korunk fikirlah sendiri. Menjadi juara, tempat ke – 2, tempat ke – 3 dan seterusnya tidak menjanjikan yang peserta yang menyertai program realiti ini boleh menempah nama. Ada yang terus hilang tanpa berita. Ada yang terus sepi tanpa cerita. Ada yang pada asalnya di latih untuk menjadi penyanyi tetapi sekarang hanya menjadi DJ di radio dan pengacara di telvisyen. Relevan? Pada aku sangat-sangat tak relevan. Walaupun orang selalu kata, kalau rezeki kita dah macam tue, terima jer la. Hah, senang sekali berbicara dan hanya menyalahkan rezeki. Sungguh tak patut. Kalau korunk dah dilatih menjadi penyanyi dan dah habiskan banyak duit penonton untuk korunk dan korunk tak jadi apa yang penonton nak. Ini satu ketidakadilan. Better korunk terus jadi pengacara dan apply jadi DJ terus kan senang. Kalau setakat korunk nak glamour untuk jadi DJ better tak payah la. Tengok band-band INDIE boleh jer jadi famous dan lagu diorunk banyak dinyanyikan anak muda sekarang. Tidak perlu kepada program realiti. Fikir-fikirkanlah.
Post kali ini aku nak cerita pasal iklan-iklan yang dihasilkan oleh syarikat Les’ Copaque. Aku amat tertarik dengan iklan-iklan yang di buat oleh Les’ Copaque. Ada lagi antara korunk yang tak tahu apa itu Les’ Copaque ke? Kalau korunk tak tahu lagi, try bukak laman web nie. Syarikat nie jugak la yang telah menghasilkan watak Upin & Ipin. Kalau aku dah sebut upinĀ & ipin and yet you still dont know about it, it means that something wrong with you. Haha..Aku ni bukan la kipas-kipas susah mati( die hard fan) kat upin & ipin nie, tapi setakat nie jer la animasi yang terbaik pernah Malaysia hasilkan. Btol tak? Hope after this, banyak lagi anak Malaysia yang bley buat animasi sebaik Les’ Copaque atau lebih baik lagi setanding Disney. Hihi..siapa tahu kan..
Les’ Copaque juga telah menghasilkan iklan-iklan yang di siarkan di televisyen. Aku amat sangat dan begitu tertarik dengan iklan-iklan nie dan aku dah tengok semua iklan-iklan yang telah dihasilkan. Setakat nie ade enam iklan kesemuanya. Semua iklan mempunyai pesanan yang sangat bergune iaitu pakai tali pinggang belakang. Hehe..ops..bukan semua..tapi kebanyakan sahaja. Aku harap pasni diorunk bley la plak buat pasal Earth Hour ke, alam sekitar ke, binatang yang dah nak pupus ke dan moga-moga iklan sebegini dapat menyedarkan penduduk kat Malaysia nie.
Nie la iklan pertama yang aku tengok dekat perhentian Pudu semase tengah tunggu bas nak pulang ke kampung halaman. Time tue owner punye kedai tengah bukak citer upin & ipin. Tengah aku dok layan citer tue..sekali iklan nie kuar dan aku pown tertarik. And then kat rumah, adik aku dah siap download sume iklan Les’ Capoque nie. Iklan-iklan diorunkĀ memang amat menarik. Sebelum nie, iklan yang menarik perhatian aku ialah iklan cat Nippon. Ala…yang cat bley gerak-gerak sendiri tue. Tak taw lagi ke?? Tgk video kat bawah nie..
Pejam celik, pejam celik, aku sudah semakin tua. Macam baru semalam jer aku masuk darjah satu, sekrang dah belajar kat universiti pown. Bila makin tua, tanggungjawab pown makin banyak. Bukan pada diri sendiri jer, tapi pasal kehidupan kite. Macam-macam halangan, cubaan serta godaan yang sentiasa mengganggu kehidupan kita. Orang kata kalau tak ada halangan, tak mencabar la. Haha…betul tue. Dari semua bende tue la kita dapat pengalaman dan pengajaran. Dari kehidupan seharian kita juga la yang menyebabkan kita semakin dewasa dan semakin berpengalaman. Hoho..apa aku melalut nie..
Berbalik kepada al-kisah kehidupan di UIA semester pertama. Part nie ada sedeyh sket la. Hari daftar masuk UIA gombak kalau tak silap aku 16 Disember 2008. Tapi aku datang awal sikit. Sebabnya parents aku tak dapat nak hantar aku. So, aku datang hari Sabtu rasenye dan aku lepak-lepak kat PJ dulu. Jumpe insan tersayang dulu. Ngehehe…Dah puas lepak kat PJ, member aku datang amik aku bawak pergi rumah die. Sebelum ni aku dah mintak tolong die nak daftar sekali kat Gombak nanti dan die cakap no hal jer. Nama member aku ni Ahmad Fawwaz student engineering dan juga member aku kat sekolah lame jugak. Terima kasih ea sahabatku. Tapi malam tue jugak la buat aku sangat sedih tapi aku still relak dan cool. Haha
Untuk pengetahuan korunk semua. Bapak mmbr aku nie baru balik dari Pahang. Jauh tue, dari Pahang nak ke Gombak. Bapak die ade kate camnie kat anak die, “Busy camne pown bapak, bapak tetap akan luangkan mase untuk anak bapak nak daftar besok”. Bile aku terdengar kate-kate dari bapak die nie, hati aku sedih sangat. Nasib baik tak meleleh air mata aku nie, kalau tak malu aku ngan diorunk. Tapi tak pe, aku paham keadaan parents aku camne. Mama, ayah..I love you so much.
Alhamdulillah, final exam dah habis. Aku dah bebas buat sementara. Lagi dua minggu aku kene sambung belajar balik. Ugh..Segala sakit kepalu ku sudah hilang begitu saja. Wahaha…Final paper aku. Discrete Math, buat aku agak happy tapi tak confident sangat. Dah2, malas nak membebel pasal exam. Lupekan exam dan ceriakan dirimu. Hoho. Read more…
Sekarang nie di pertengahan minggu-minggu exam. Seperti biasa semua student-student UIA gombak bertungkus lumus study last minute. Hahahaha…itu lah kebiasaannya kehidupan bagi seorang pelajar biasa macam aku nie. Exam bermula dengan paper Fardhu-Ain. Aku pown tak tahu apa aku jawab. Korunk mesti gelak aku amik Fardhu Ain kan..gelak la..aku tak kisah..ini cerita hidup aku. Kalau aku dah tak pandai kene la buat cara tak pandai. Btol tak??
Habis exam Fardhu Ain, diikuti pulak exam Tilawah(TQB 2000M). Gile ramai orang beratur kat luar menunggu giliran untuk di nilai oleh pemeriksa-pemeriksa. Dan macam-macam bau pown ada. Haha….sumpah ade yang tak mandi time tue. Aku dinilai oleh examiner no 7. Muke die amat garang. Mule-mule aku tak nak amik exam ngan die. Tapi di sebabkan die tengok aku semacam dan macam nak makan aku, aku pown gagahkan la diriku untuk pergi menemui beliau. Sampai-sampai kat die jer, “tak mau amik exam ngan saye ke?”…aku terdiam sambil buat senyuman tawar. Segan pown ade time tue. Tapi aku buat muke cool jer. Haha..cool la sangat. Tup..tup…dah habis..aku rase tak sampai 3 minit aku ngan die. Then aku terus jer keluar dari bilik exam tue menunggu teman-teman ku yang lain. Read more…